Tuesday, November 8, 2011

CHEF RG...BERBALOI 3 HARI MEMASAK MENU DAGING

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Tukang masak kerjanya enteng
Setiap hari masak nasik goreng.............oh bukan,setiap hari masak daging.........makan  hingga terlioq pula kat ikan masen.


 Dari pagi hingga ke malam...........penat tapi seronok kerana suasana hariraya..........daging korban menambah pick-up bekerja............berkhidmat untuk Rumah Gemilang.........tak sempat nak beraya ke rumah kekawan sahabat walaupun jiran tetangga.....



 Chef2 Kak Nab,Mak Ngah Mehah..............Mak Long Wan mai tolong seseketika kerana anak cucu penoh rumah ...........



 Hari ni tambah menu baru..............gulai daging dengan rebong


 Masak kicap di samping menu biasa daging rebus cicah ayiak lawa dan ayiak asam tomato



 Tugas tambahan hari ini.........bungkusan makanan untuk diberi kepada anak2 yang bersekolah hari ni.......mereka belajar sampai ke petang


 Inilah yang dikatakan ayiak lawa............favourite ayah man



Ayiak asam tomato.............ayiak lioq meleleh,pak itam ketageh ( nyanyian R. Azmi)

SALAM MELEBAR SENYUM

1 comment:

atuk said...

Assalamualaikum Ayahanda

Alhamdulillah
rezeki RG

Wassalam