Monday, November 7, 2011

MAKKAH-MADINAH SATU JAM


Gambar hiasan rel di Jepun

3 tahun lagi, jarak Makkah-Madinah hanya 1 Jam setengah sahaja

 
 
Tiga tahun lagi, sebuah keretapi berkelajuan tinggi akan melintasi antara dua kota suci di Arab Saudi, Makkah dan Madinah. Lintasan keretapi ini merupakan fasa kedua dari projek jalur kereta Haramain.

Projek pertama adalah laluan Jeddah-Rabigh. Jalur keretapi berkelajuan tinggi ini menghabiskan dana 30.8 trilion riyal.

"Perundingan sudah selesai dengan konsortium Al Shoula. Konsortium ini melibatkan 14 syarikat Arab Saudi dan Sepanyol, "kata Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Jabara Al Seraisy seperti dikutip dari arabnews, Khamis (3/11/2011).

Projek tersebut akan selesai pada tiga tahun akan datang. Fasa kedua ini akan meliputi pembangunan pemasangan rel keretapi, isyarat, sistem komunikasi, sistem elektrik, dan mengimport keretapi laju dan penyengaraannya.
Nuffnang Ads
Konsortium bertanggung jawab dalam operasi dan penyenggaraan laluan keretapi ini selama 12 tahun.

Untuk pusat ini akan terdapat 35 keretapi laju dengan 13 gerabak, termasuk gerabak kelas pertama dan gerabak restoran. Landasan keretapi sepanjang 444 kilometer juga akan mempunyai kemudahan kesihatan.

Dengan keretapi ini, kata Al Seraisy, Jeddah-Makkah boleh ditempuh dalam masa setengah jam dan jarak Madinah-Jeddah dua jam. Selama ini jarak masa Jeddah-Makkah antara satu hingga 1 jam setengah, jarak antara Makkah-Madinah empat hingga lima jam. Sedangkan jarak Jeddah-Madinah enam hingga tujuh jam.

Sepanjang laluan keretapi Haramain ini akan mempunyai stesen di Makkah, Madinah, Jeddah, Rabigh, dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah.

Belum ada keterangan apakah laluan kereta laju Haramain ini boleh digunakan jemaah haji atau tidak. Yang pasti jika boleh digunakan jemaah haji, maka kereta ini akan mengurangkan banyak masa perjalanan berbanding menggunakan bas selama ini. Diterjemah dari Okezon

2 comments:

Ayah Zain said...

terima kasih atas info yer ayahanda, pstutnya projek ini udah lama dibangunkan. selamat hsri raya.

atuk said...

Salam Aidil Adha Ayahanda

Insyaallah
kita orang pertama akan menikmati kemudahan ini... he he

Wassalam