Hari Ini 8 Zulhijjah Hari Tarwiyah
November 4th, 2011 by almakkiHari Ini hari jumaat 8 Zulhijjah 1432 Hijrah bersamaan 4 November 2011 adalah hari Tarwiyah.
Apakah itu hari Tarwiyah? Adakah is seperti Bersih 2.0 ataupun sama seperti Seksualiti Merdeka?
Tidak! Hari Tarwiyah ialah hari sebelum wukuf di Arafah. Kita di sunatkan solat 5 waktu solat Fardhu di Mina. Bermula Zohor sehingga subuh pagi 9 Zulhijjah.
Kenapa? Kerana Nabi Muhammad saw hadir ke Mina pada hari 8 Zulhijjah. Dan perumpamaan Mina ialah seperti Rahim Ibu. Iaitu kita seperti kembali berada di Rahim Ibu kita dan Akan di lahirkan di Arafah esoknya pada hari 9 Zulhijjah. Dan semua orang Muslim yang hadir pada hari Arafah insya Allah Akan di ampunkan segala dosa dosa mereka seperti mereka baru keluar dari Rahim Ibu.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa dosa ku, Besar dan Kecil, dosa sengaja dan dosa yang tidak sengaja.
Labbaikkallahumma labbaik.. Labbaikala syari ka la ka labbaik..
Innal hamda wan nik mata lakawal mulk, la syari ka lak
No comments:
Post a Comment