Tinggal di kampong mendapat kesempatan berpikiaq banyak tentang masaalah orang Melayu luarbandar. 90% adalah terdiri dari penduduk miskin. Mereka kekurangan segala2nya . Di musim sekolah dibuka mereka memerlukan banyak wang . Bukan macam aku mengaji dulu , aku rasa cukup selesa masa aku bersekolah dulu . Tak payah pakai kasut,cuma yang ku perlu ialah sebuah 'laptop' dan sebatang kalam . La ni berbagaian yang perlu dibeli. Nasib mereka baik kalau hujan tak turun , bolehlah mereka pergi menuris getah . Kalau setakat sekilo masih lagi ditahap RM 3.50 , boleh mereka bernafas lega . Mereka terpaksa mengikat perut . Di musim raya korban mereka dah boleh menjamah daging , selepas ini ikan asin tergeliatlah perlu dibeli .
Akhir2 ni tak dak sapa yang nak bercakap bagi pihak orang2 miskin ni . Mereka seolah rakyat terbiar . Projek2 pun dicanang tapi apakan daya tangan tak sampai. Tenaga mereka lemah kerana makanan yang mereka makan tak berkhasiat . Ada saja penyakit yang rela hinggap di tubuh lesu itu .Jadi mereka tak boleh meningkatkan aktiviti mereka . Kekadang aku memohon Allah nak jadi jutawan yang banyak wang , supaya aku boleh bantu mereka sepenuhnya . Setakat menerima 25 ringgit wang kebajikan masyarakat sebulan apa mereka boleh buat . Mereka perlu di overhaul seluruh hidup mereka .
Aku pun kurang arif nak pikiaq yang bukan2 . Nak harap orang politik , depa pula sibok dengan politik masing2. Depa pun nak cari lagi banyak duit . Politik depa berupaya mencari kesalahan orang . Budaya berpolitik dah jadi kotor . Tiada ada batas halal dan haram . Jarang sekali mereka bercakap ini haram dan ini halal . Kalau pandai menipu , dia dianggap bijak. Yang ada asas agama sedikit sangat . ......nanti sedar2 kita sudah berada dihujung jalan .
Islam hadhari pun aku belum nampak kejelasannya . Dah lebih setahun dilancarkan tapi apa benda pun aku tak nampak.....mungkin aku ni orang bodoh , tak paham .....dan mungkin aku ni buta , tak nampak apa benda . Tapi masyarakat semakin celaru , dengan budaya hiburannya yang terlampau sangat ..........pakaian artis2 pun dah terkeluar dari hadharinya ...........dengan hadhari jom berdansanya . Kekadang pening aku memikir segala itu .
Oh ! si miskin.......golongan kamulah yang banyak terdapat di surga....bertaqwa dan bersabarlah.
No comments:
Post a Comment