Alangkah malangnya apabila para pendidik sama ada dikalangan ibu bapa, guru atau pemimpin negara sudah tidakada wibawa sehingga kecacatan mereka terserlah di mata rakyat.Anak-anak tahu, murid-murid tahu, masyarakat tahu, anggotajemaah tahu dan rakyat tahu akan semua kecacatanmereka.Di waktu itu orang ramai tidak akan hormat lagi. Anak-anaktidak akan menghormati ibu bapa, murid tidak lagimenghormati guru dan rakyat tidak lagi menghormati pemimpinnya.Orang akan hilang keyakinan. Akibatnya di waktuitu orang ramai sudah tidak mahu taat lagi, bahkan makinbanyak pemimpin itu bercakap dan membuat kerja pemimpin,makin dibenci orang.Kalau perkara ini berlaku di dunia ertinya dunia sudahkiamat sebelum Kiamat. Keamanan tidak akan tertegak dankasih sayang tidak akan wujud lagi. Pasti banyak berlakujenayah dan segala bentuk gejala sosial.Itulah rahsia mengapa gejala sosial hari ini, walaupun sudahdiusahakan dengan gigih untuk mengurangkannya namunbukan sahaja tidak berkurangan bahkan bertambah meningkat,kerana sebahagian manusia yang menanganinya sama-samaturut membuat kemungkaran dan maksiat. Cuma tidaknampak oleh mata lahir sepertimana yang dibuat oleh pararemaja yang dapat dilihat di khalayak ramai.Kalaulah dapat dilihat, jangan-jangan kejahatan yang dibuatoleh para pemimpin yang tersembunyi itu lebih dahsyatdaripada apa yang dilakukan oleh para remaja. Mungkin maksiatyang dibuat itu tidak sama bentuknya tapi masing-masingtetap sudah terjebak dengan maksiat.Sebagai contoh, pemimpin atau orang yang menjadi tiangseri negara mungkin tidak melakukan vandalism, tetapi merekasombong dan pemarah. Kalaupun mereka tidak melepak-lepak,mereka rasuah. Kalaupun mereka tidak mencuri, tetapitamak dan bakhil. Kalaupun mereka tidak berzina, tetapimementingkan diri sendiri. Kalaupun mereka tidak bergaduhtetapi mereka riyak dan sombong, kalaupun mereka tidak membunuhtetapi mereka menzalimi orang, suka glamor dan nama.Walaupun orang ramai tidak tahu kerana mereka tidakmelakukannya secara terbuka tetapi Tuhan Maha Mengetahui.Di sinilah punca mengapa usaha-usaha mereka tidak dibantuAllah.Hari ini, golongan-golongan tunggak masyarakat ramai lagiyang belum sedar, tetapi ingin menyedarkan orang. Merekapun sangat kurang membaiki diri tetapi menyuruh orangramai membaiki diri. Lebih-lebih lagi dalam keadaan merekapun masih belum berubah, mereka mengata, menuding jari,menghina dan menuduh golongan lain yang menimbulkangejala sosial.Bukan sahaja orang jahat sakit hati tetapi orang baik punakan benci. Kerana rakyat tahu pada hakikatnya mereka punperosak masyarakat tetapi bentuknya sahaja yang tidak sama.Orang awam dan para remaja melakukannya secara terbukatetapi mereka melakukannya di tempat-tempat yang tertutupdan eksklusif. Kalaupun orang ramai tidak tahu tapi bolehkahmereka lari dari pengetahuan Allah?Dalam masa hendak membanteras gejala-gejala sosial yangditimbulkan oleh para pelajar dan remaja, pada masa yangsama para pemimpin, guru-guru, ibu bapa dan pegawai-pegawaikerajaan pun turut terlibat dengan maksiat. Bagaimanalahpara pelajar dan remaja mahu menerima nasihat dandisiplin mereka. Dalam hati mereka akan berkata, "Mengapamasalah kita mereka nak sibuk, sedangkan orang-orang tuadan orang-orang besar pun buat masalah lebih besar dan lebihserius dari kita."Kadang-kadang mereka itulah yang menganjur dan membuatprogram untuk menangani gejala sosial, tetapi bagaimanakahTuhan akan tolong usaha ini kalau penganjurnyasendiri pun terlibat dengan maksiat. Bagaimanalah Allahmahu membantu usaha-usaha ini kalau Allah Taala telahmurka pada para penganjurnya. Akibatnya habis masa, terkorbanwang ringgit, sia-sia sahaja tenaga yang digunakan tetapihasilnya tiada. Gejala sosial tetap terus berlaku. Adakalanyaia lebih teruk lagi.Ditakuti, orang yang hendak membetulkan kesalahan itupunsama-sama tidak tahu mana yang benar, mana yang salah.Tidak mustahil boleh berlaku padi dimusnahkan tapi lalangdijaga. Buah diperjuangkan tapi pokok ditebang.Sebab itulah ibu bapa, guru-guru dan pemimpin di semuaperingkat hendaklah menjaga maruah. Hendaklah menjagawibawa diri. Sebab nasib orang ramai ditentukan oleh mereka.Macam mana orang jahat hendak memimpin orang jahat. Adakalanya bila orang jahat memimpin orang baik, akhirnya orangbaik pun akan jadi jahat juga.Setiap golongan yang bertanggungjawab memerangi gejalasosial ini sama ada ibu bapa, guru-guru atau para pemimpin,mestilah meniatkan usaha ini kerana Tuhan. Niat memeranginyakerana ia adalah perkara yang salah di sisi Tuhan.Janganlah memeranginya semata-mata kerana ia telah memakandan menyusahkan diri sendiri atau telah menjadimasalah pada kita. Kalau itulah niat kita, takut-takut kita tidakakan mendapat bantuan Allah.Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran.Kita patut insaf sebagai tanda kelemahan diri. Kesalilah keterlanjuranitu dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.Usaha lahir manusia semata-mata tidak cukup untuk menanganimasalah ini. Bantuan Allah amat diperlukan dan kenalahdiambil kira. Jika Allah Taala tidak membantu kita keranadosa-dosa kita, akan sia-sialah segala usaha kita itu, bahkantakut-takut akan menambahkan lagi dosa kita manakala gejalasosial yang kita hadapi tidak juga dapat dipulih dan dibersihkan.
( sengaja tidak ditulis dalam berbentuk perenggan)
No comments:
Post a Comment