Aku cedok artikel ini (sebahagian) dari rungutan mereka yang cukup Melayunya.
1. Masyarakat Melayu menuntut agar pengantar bahasa Inggeris untuk pengajaran Matematik dan Sains segera dikembalikan kepada bahasa Melayu. Suara ini datang bukan dari orang biasa malah dari golongan cendikiawan. Malah suara ini diungkapkan dalam perhimpunan parti pemerintah sendiri. Alasan bahawa negara perlu mendidik rakyatnya menguasai ilmu melalui menekankan bahasa Inggeris sudah dihujahkan dengan sangat menyakinkan bahawa hal ini tidak benar. Akan tetapi pihak berkuasa terus menolak tuntutan tersebut dan berbelanja jutaan ringgit untuk melaksanakan dasar yang bercanggah dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Kini natijahnya sudahpun semakin nyata . Kemunduran anak Melayu terutama di sekolah desa akibat tidak dapat mengikuti pelajaran Matematik dan Sains semakin terbukti.
2.Masyarakat Melayu juga menyuarakan kedudukan hartanah Melayu yang kini dihimpit oleh pembangunan. Tanah milik orang Melayu menjadi sasaran pengambilalihan oleh pihak kerajaan bagi pihak pemaju. TRM (Tanah Rizab Melayu) terus mengincup apabila tanah Melayu diambil untuk memberi laluan kepada pembangunan yang menyisehkan bangsa melayu sendiri. Malah banyak TRM yang tidak diganti sedangkan ia suatu keperluan dalam Perlembagaan Persekutuan.
3.Sistem meritokrasi yang telah menghentikan pertimbangan kuota Melayu dalam kursus-kursus kritikal di IPT, kini telah mengakibatkan bilangan pelajar Melayu sudah menurun. Suara beberapa pihak ahli akademik Melayu yang meneliti ujudnya tren yang merugikan bangsa Melayu juga tidak diendahkan oleh pihak berkuasa. Atas nama persaingan sistem ini dipaksakan ke atas orang Melayu walaupun ada cara lain yang boleh dilaksanakan agar orang Melayu tidak terus terpinggir.
4.Masyarakat Melayu juga gusar dengan dasar pemberhentian bantuan per kapita kepada SAR (Sekolah Agama Rakyat) yang diganti dengan pengambilalihan melalui skim Sekolah Bantuan Kerajaan. Akan tetapi kehendak sekolah agama yang mahu berrjalan sendiri terus dinafikan dari bantuan kewangan padahal pelajar yang berada di SAR adalah 100 peratus orang Melayu dan terbukti ada SAR yang cemerlang walaupun diuruskan sendiri oleh pihal lembaga masing-maisng. Kini segala bentuk kemudahan dan bantuan hanya disalurkan kepada sekolah yang berdaftar sebagai sekolah bantuan kerajaan dan menafikan hak ratusan ribu pelajar yang mahu belajar di SAR yang bebas untuk mendapat kemudahan seperti pengecualian yuran peperiksaan , permohonan ke sekolah berasrama penuh dan skim pinjaman buku teks.
5.Sementara itu masyarakat Melayu sangat gusar dengan betapa banyak lesen dan permit hiburan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa sendiri yang mengakibat generasi muda Melayu terjebak dengan acara hiburan tanpa henti semada dalam acara konsert mahupun dalam media massa seperti TV. Sudah berapa banyak aduan dan suara bantahan diungkap untuk pihak kerajaan segera memberhentikan acara-cara konsert dan hiburan yang melampau malah pernah ditergur oleh mufti sendiri. Namun ternyata suara orang Melayu tidak diambil peduli bilamana pemerintah yang mahu sikap liberal diutamakan dari terlalu terikat dengan agama.
6.Bila bangsa Melayu melahirkan suara bantahannya terhadap kumpulan yang biadap terhadap Islam dan institusi Islam di negara ini , orang Melayu dingatkan agar jangan fanatik dan bersikap esktrim. Padahal orang Melayu hanya mahu agar maruah agama dan bangsa tidak dipersenda oleh orang lain. Isu IFC dan Artikel 11 yang cuba diungkit oleh pihak yang tidak mahu Islam menjadi asas penting di negara ini terutama untuk bangsa Melayu dengan biadap mengguna saluran undang-undang untuk menggugat aqidah bangsa Melayu. Akan tetapi pihak berkuasa lebih mahu menjaga perasaan kumpulan mereka berbanding mendengar keresahan bangsa Melayu.
( malahan aku sendiri bimbang melayu akan terus layu )
No comments:
Post a Comment