Semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir di Kelantan dulu banjir berlaku di sana . Pembesar2 negara terus ke sana untuk berkempen . Berkampong bersama2 penduduk yang dipindahkan .Dan masing2 menuding jari kepada kerajaan Tok Guru yang tak pandai memerintah. Tak pandai membuat parit dan laluan2 air . Kerajaan kain pelekat . PAS pun kalah,Ibrahim Ali pun turut kecundang. Singa utara cukup garang masa itu , macam boleh membaham seluruh negeri.
Selepas beberapa ketika seluruh negeri Perlis ditenggelami air , Utara Kedah juga sebegitu. Jitra bandar diraja Dr. M juga tenggelam . Lapangan terbang kepala batas juga tenggelam.Sebahagian dari rumah Pask Non kawan ku juga dimasuki air , akibat dari mulut celupar sesetengah orang . Itulah yang kesiannya orang2 yang tidak berdosa juga terpaksa menanggung bencana . Kerana mulut ,kekawan binasa. Selepas itu negeri yang memang terkenal dengan banyak paritnya : parit raja, Parit Sulong dan banyak lagi nama2 paritnya yang aku dah lupa turut ditenggelami air . Sehingga kota tertinggi ; kota Tinggi juga ditenggelami air . Pahang dan Terengganu turut menerima bencana.
Akhir2 ini mulut2 dulu dah jadi membisu,tidak lagi nak menyalahkan orang kain pelekat. dan negeri kain pelekat pun tak seterok mana dilandai banjir. Alhamdulillah mereka dah sedar , itu pun kalau merek sedar . Baru2 ni aku ada dinegeri kain pelekat. Waktu banjir . Berlonggok2 datang bantuan . Demo kata banjir membawa rezeki , kalu tak banjir jangan harap nak holor.
Pengajaran yang ku dapat ialah ; jangan cuba nak mencece orang alim.
Pengajaran yang kedua ialah sekarang ini Allah akan membalas secara tunai segala tingkah-laku kita.
Biarlah Bujang Lapok mencece dengan lagu bujang lapok.....masuk angin,keluar asap.
No comments:
Post a Comment