Wednesday, July 29, 2009

MAAF PADA SEMUA PEMBACA BLOG KU

Maaf semua pembaca blog ku kerana tak dapat hantar post2 baru kerana cable TM di curi lagi.Kini ku menumpang di cyber cafe.Di sini memang tak enak kerana kebebasan kita menuis terganggu oleh pengguna2 lain.

Insyallah bila pulih nanti aku akan sambung menulis

wasalam

Friday, July 17, 2009

TEOH DAN TAN







TEOH DAN TAN


Aku tak kenai pun mendiang Teoh Beng Hock.Dia pun tak kenai aku.Tan Boon Hwa pun tak kenai aku.Aku pun sama juga.Tapi kejadian ngeri kematian Teoh membuat aku kenai depa berdua.Kesian aku pada anak2 muda ini.Lebih2 lagi pada Teoh dah tamat tempoh hidupnya.Aku tak heran pada kematian,kerana setiap yang hidup pasti mati.Tapi mati bagaimana tu yang jadi persoalan.Bagaimana altantuya mati juga masih berdengung di kepala.Walaupun dia bukan suku sakat aku.Kalau dia didera, aku cukup benci pada perbuatan penderaan.Agama ku mengajar aku berkasihan belas sesama manusia dan juga pada binatang.Kasihan belas seorang pelacur pada seekor anjing dahaga diberi ganjaran surga oleh Allah.Itu semua orang tau.

Kebelakangan ini banyak sangat kes penderaan.Ada antara suami isteri,ada antara orang perbezaan politik,ada antara pelajar2 sekolah,ada di universiti2,ada di akedami tentera seperti yang berlaku di Kepala Batas beberapa tahun sudah.Bahkan diserata dunia.Ini menunjukkan dunia sudah karut dan tak tamaddun lagi.Ilmu perguruan yang aku perolehi mendidik aku benci pada setiap keganasan.Kita tak respect orang,bagaimana nak bagi orang respect kita ?

Di bawah aku sajikan satu sedutan yang berlaku dinegara jiran kita di sebuah institusi perguruan.Sila bacakan:…………..


Ku petik dari blog http://akhmadsudrajat.wordpress.com

Hari ini (16-07-2009) Kompas.com merelease berita tentang kegiatan Masa Orientasi Sekolah yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Masmur Pekanbaru. Dalam kegiatan MOS ini, para siswa baru, baik laki-laki maupun perempuan, dijemur di terik matahari hingga pukul 12.00 WIB. Mereka disuruh makan nasi sisa, dan ditendang kalau dianggap melanggar disiplin oleh seniornya. Para siswa disuruh berbaris di depan sekolah dan di dada mereka terpasang atribut yang bertuliskan nama-nama binatang. seperti: tikus, kampret, virus H1N1, tupai, hingga anjing. Selain itu, para siswa juga diwajibkan membawa macan-macam makanan mentah, petai, terung, dan lainnya. yang harus dimakan oleh mereka.

Pernyataan yang sangat janggal justru keluar dari salah seorang guru pembina setempat yang mengatakan bahwa kegiatan MOS seperti ini bertujuan untuk melatih disiplin siswa. Menyetrap siswa dengan cara dijemur sampai pukul 12.00 WIB dimaksudkan menguji ketahanan fisik. Sedangkan memakan petai mentah, untuk mengetahui sejauh mana siswa bisa beradaptasi dengan lingkungannya. (Sumber Kompas.com)

Andaikan berita ini benar adanya, tentunya kita patut prihatin, karena apapun dalihnya, bentuk kegiatan MOS yang bernadakan pelecehan martabat kemanusiaan jelas sangat bertentangan dengan hakikat pendidikan itu sendiri.

Monday, July 13, 2009

14 JULAI CUTI RAYA DI KELATE












Cuti raya.


Demo dok pertikai royalti minyak kelantan.Gadoh sokmo.Bawak mari kot Kedah lalu kot Songkela.Tiba2 Kedah BN kalah.Aduuh seksanya.




Nak beri senyap pasai minyak,bawa mari jambatan pula.Jambatan 'emas'.Tak moh juga.Tok Guru kata dulu dah janji dah.Janji universiti kelantan pun tak tunai.Ih-ih banyaknya janji.Payah nak tipu orang kelante.Baik tipu berok naik nyior.Najib dok survey dari jauh,kalau gi kelate,penyakit altantuya akan timbul semula.Baik tok sah gi.Politik dulu dan politik kini jauh bezanya.




Selamat mengundi Manek Urai.








Thursday, July 9, 2009

A BRIEF HISTORY OF ISSP

First Opened : August 1919
Headmaster : Syed Jan Al-Jeefree
Asst.Headmaster : Mohammad bin Man
Site : Near Ar-Rahmaniah Mosque , opposite the road , the present compound of SK Khir Johari.
The building had 3 classrooms .

1921 : Kung Cheng Hoe ,Leong Lan Oye joined the school staff.
On the first day of the school only 5 pupils enrolled. In 3 months increased to 60 , with 4 classes ; primary 1 .primary 2 , standard 1 and standard 2 .

1922 : consisted 7 classes , with highest standard 6 . 1924 : Junior cambridge was instituted.

1925 : Senior cambridge instituted. Enrolment totalling 150 with 6 teachers . So shophouses were rented at Jalan Pengkalan and Jalan Petri to accomodate the increasing number of students .

1928 : The social welfare buildings were accepted by the school as the social welfare had a new building.The school was then called The Government English School. Later it was named Abdul Hamid School.

Later Cheng seang Tiek,M.s.Balram ,C.M.Ramli ,A. Wahab Skymmar , Tan Khoon Teik , Hassan , A. Ghani joined the school staff.

1935 : Mohd.Noor Mohammad ,GM Khan , Chang Fong , Sutan Ibrahim Shah joined the school staff .Classes were from primary one to standard 9 . The caretaker was Mohd. Sawai. The present double storey building was declared opened in 1936 by the late YTM Tengku Mahmud and renamed the school as Ibrahim School in honour of the late Regent of Kedah YTM Tengku Ibrahim.

During the Japanese occupation the school was closed.It became a Japanese Camp. It was re-opened after the war in November,1945.The Headmaster was still Syed Jan .He retired in Feb.1946 , and J.F.Augustin succeeded him untul his retirement in June,1953. After that Lim Chien Chye took over the headmastership .

FINIS CORONAT OPUS

SUNGAI PETANI

PARK AVENUE DI ESPI (SP) DAH TENTU MEMBERIKAN NOSTALGIA TERSENDIRI KEPADA ANAKANDA MUHAMMAD IHSAN
KEDAH VOLUNTEER FORCE : ESPI BRANCH,BERPERANG PADA TAHUN 1940AN

KEDAH VOLUNTEER FORCE BERPERANG ZAMAN JEPUN.


KEDAH VOLUNTEER FORCE 1940....ESPI BRANCH.



LT.HASSAN SHUAIB BEKAS KEDAH VOLUNTEER FORCE .BERASAL DARI ESPI.




MERCU TANDA ESPI : THE CLOCK TOWER





BADGE SEKOLAH ,YANG DULU TAK TERTULIS SMK IBRAHIM





SUNGAI PETANI


Sungai Petani tak boleh lari dari ingatan ku.Terkenal dengan panggilan ESPI , serupa jua Aloq Staq dengan AS nya.Dari hutan belantara Srengnenge , aku berhijrah ke ESPI sejak berumur 9+ tahun.Masok sekolah inggeris Ibrahim School dengan tak tau sepatah pun bahasa inggeris.Terpinga2 perak seperti kunta-kinte di bawa lari ke tanah amerika.ESPI memberi aku seribu makna.Aku disini sehingga aku lulus senior Cambridge.Aku tak mau cerita panjang.Berbagai kepelbagaiannya.Sepuluh hari pun tak habeh cerita.

Berbagai pengalaman aku dapat di ESPI.Pengalaman anak kecil,pengalaman sebagai remaja dan kedewasaan ku pun banyak aku dapat di sini.Kawan2 ku ramai di sini.Di setiap taman perumahan ada kawan2 ku.Dari melayu,cina dan India.Kami dulu tak pilih kawan.Cuma kawan perempuan yang kurang,kerana sekolah dulu for males only.Girls school cuma Father Barres Convent.Adalah kenal dua tiga orang ,Dorothy,Grace,Ah Chee, mereka semua ialah girlfriend kekawan aku.Semua memelok Islam dan dah beranak-bercucu.Ada kawan ku kawin dengan gadis perancis dan kini menetap di London.Ada kawin dengan gadis amerika.Dan menetap di Milwaukee,Amerika.Tapi jodoh ku dekat ESPI saja.

Setiap kali ke ESPI aku akan ronda Jalan Ibrahim.Jalan utama sejak dulu lagi.Macam Jalan Langgar di AS.Mercu tandanya ialah jam besar.Masih berdetik hingga kini.Umurnya lebih kurang Ibrahim School.Terbina sejak 1919.Kelmarin aku ajak isteri ku ronda Jalan Ibrahim.Isteriku juga ada nostalgianya tersendiri.Dia tak bersekolah sama dengan aku.Dia lebih muda.Yang cukup menjadi ingatannya ialah Rumah pengetuanya Tengku Adnan.Seorang kirbyite.Isteriku masa sekolah dulu tinggal di rumah pengetuanya.Setiap hujung minggu Tengku Adnan akan membawa keluarganya bersama isteriku menonton late night show sama ada kat Empire Theatre atau Cathay Cinema.Kedua kami kelmarin terasa lebih muda.Kami dapat imbasan ke masa dulu.Kawan pembaca blog ku : cubalah sekali sekala bawa isteri ronda2 ke tempat yang memberi awet muda pada diri.

I think I can write a book about ESPI…..viva,adios.





Tuesday, July 7, 2009

NAMAI SAJA SEMUANYA BABI

Kan ini juga perlu dinamakan babi


Gambar jalan menuju ke Cuping,Perlis.The hottest place in Malaysia.Di sini juga tempat banyak supply gula kepada negara.Bila ladang tebu dibakar iklim menjadi lebih panas.Berhampiran dengan Thailand.Walaupun tak diistiharkan sebagai negara hadhari,babi tak menjadi heboh macam kita.Ia disatukan sampai ke utara Chieng mai dan politiknya bergelora sepanjang masa,macam kita satu Malaysia.Ini cuma mukadimahnya.Cerita pokoknya ialah dibawah ni.Nak dinamai semua yang jelek sebagai babi.Sila bacakan.









KENAPA TAK DINAMAI BABI


Di Manek Urai orang pas dok cari Nasarudin.Tak nampak muka pun , bayangnya tu jauh sekali.Aku tak kisah semua itu.Di kampong Pala di Penang pula heboh pasai pengambilan tanah yang belum selesai.Masing2 menuding jari kat Guan Eng.Guan Eng mendesak syarikat pembangunan tu seleasaikan bayaran ganti-rugi.Projek tu diluluskan oleh BN.Mahkamah pula menyebelahi projek itu.Ini semua jenis baling taik,sorok tangan.Di mana satu Malaysia nak dahulukan rakyat ? Cakap saja,macam daun bawang beri saja.Orang dulu kata cakap berderai2,ekor bergelumang taik.Ingatlah kehidupan ialah satu lakonan yang perlu dilakonkan dengan sebaik mungkin.Kalau tidak semua jadi babi.Mengapa aku cakap pasai babi ? Pasai babi bagi yang muslim cukup jijik.

Orang muslim tak makan babi.Walaupun sedap,tapi ia tetap haram. Ada banyak benda lagi yang sedap.Makanlah dan pilihlah. Bermacam2 ada.Tapi ada yang mengaku muslim makan benda2 haram yang lain.Ada makan rasuah.Ada beri rasuah.Dan juga membuat kerja2 yang haram.Menipu,berbohong,berokok ( aku kata haram ),merampas kuasa, membunuh,berzina,tikam ekor dan judi2 lainnya.

Tun M baru ni sebut makan rasuah macam makan babi.Kawan blogger ku leenooh syorkan nama rasuah ditukar sebagai babi.Aku cukup perkenan,biar semua yang haram di namai babi.Rokok pun kita panggil babi.Kalau ini boleh berlaku maka dengarlah orang bercakap begini.

Dia menghisab babi.
Dia menerima babi.
Dia memberi babi.
Dia setubuh dengan babi.
Dia bercakap bahasa babi.
Dia minum kencing babi.
Dsbnya.

Kalau kerja tak betoi pula,mereka panggil :
Cikgu babi
Pegawai babi
Kerani babi
Wakil babi
Menteri babi
Piem babi
Blogger babi . Dsbnya.

Mengikut hadis : Pabila turunnya Nabi Isa a.s ,dia akan bunuh semua babi di alam ini.Dia dipanggil sebagai Al-Masih.
Dah tentu bila tibanya Nabi Isa a.s. semua babi2 akan lari berkeliaran tak cukup bumi.Itulah kesudahannya kalau suka membabi-buta.Jangan buat kerja babi .






CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU



CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU2009/07/07 by banggolderdap
Nukilan anuarni di petik dari http://idhamlim.blogspot.com/


CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS

Bukan kerana merah kilauan lipstik

Pada bibir memekar senyuman kosmetik

Tetapi pada keperibadian terpelihara

Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA

Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Untuk menggoda pandangan nafsu mata

Tetapi pada kehidupan terjaga

Dari menjdai mangsa tohmahan dunia



Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam

Sehingga turunkan insan ke dunia

Tetapi menjdi pembakar semangat perwira

Menjadi tunjang perjuangan syuhada



Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK

Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan

Mengalir mutiara di kelopak mata

Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa

Pada hari kebangkitan bermula



Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga

Tetapi sentiasa bersama

Menempuh badai disisi suami tercinta



Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU

Bukan kerana kemewahan dimata

Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai

Menjadi penghibur hati permata kehidupan



Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU

Bukan terletak pada kebangkitan anak

Dalam setiap pertelingkahan

Tetapi dibawah lembayung kejayaan

Membuai anak dikala suami menjalin impian



Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA

Tidak kerana berjaya meruntuh istana

Tetapi jalinan kasih sayang

Tulus hati mengagih kasih setara pada semua



Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK

Bukan memberi harta dunia

Sehingga generasi lupaTetapi menjadi pada pendita

Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa



Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA

Bukan kerana menyandang puncak dunia

Tetapi bijak menangkis rintangan

Peka membela nasib dan maruah negara

Menjadi tulang belakang keteguhan semua



Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA

Bukan kerana jernihnya mutiara

Mengalir deras di kelopak mata

Tetapi senantiasa mengumpul cahaya

Menghitung hari dengan selembar nasihat



Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS

Bukan kerana menjadi sebutan

Sehingga menjulang keegoaan

Tetapi dalam mencari ilmuan

Menyala obor mewangi setanggi profesionalis



Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH

Bukan kerana keindahan paras rupa

Sehingga menjadi ingauan mata

Tetapi berpegang Akidah Solehah

Disebalik tirai jiwa

Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Mengharap keredhaan kehidupan awana




WHY THEY OFTEN CRY



Ini satu kisah dari Artz sahabat SHUKUR.ORG

Semoga dapat pedoman.


MENGAPA WANITA MUDAH MENANGIS



Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya."Ibu, mengapa Ibu menangis?".

Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita"

"Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

"Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas".

Sia- ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.


Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab,


"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

-> terpana aku.. pada senyuman & tangisan keramatmu.. ibu..

Monday, July 6, 2009

SATU LAGI KEJUTAN BARU

Inilah gambar2 banglow


Dari malaysiakini.com

'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi
Andrew Ong Jul 6, 09 6:35pm

Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta."Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.
Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta."Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.
Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki Umno dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun.

ROKOK




Aku memang rancang nak tuleh pasai rokok.Dari perspektif baru.Kerana aku pun dah dulu banyak menulis tentang tobacco ni.Dok cari beberapa idea baru dari lakonan manusia kini.Tak semena2 aku teringat satu blog yang membicarakan masaalah tobacco ini.Dan aku kira tulisannya cukup menarik,kerana dia coretkan dari pengalaman sendiri.Jadi aku juga kira pembaca boleh berkongsi sama.Selamat membaca.









Rokok

Saya tidak merokok. Tapi saya bukan tidak pernah merasa apa yang disebut nikmat asap rokok oleh para perokok. Saya pernah mencuba ketika berumur 16 tahun. Tapi hanya atas dasar mahu tahu bagaimana rasanya asap tersebut dan bukan niat menjadi perokok.

Saya tidak merokok bukan kerana saya Mat Belia; pakai baju batik atau baju lengan panjang kemas berbutang di tangan. Bukan... bukan, saya ketika muda dulu Mat Rock. Saya Mat Rock yang berrambut panjang mengurai dan selekehnya hingga pernah seluar jean saya tidak berbasuh sampai satu semester. Tapi ketika itu pun saya tidak merokok. Ketika saya dalam zaman headbanging mendengar lagu-lagu heavy metal, boleh khayal mendengar Rosli Mohalim goreng gitar bersama Sweet Charity dalam lagu Sejuta Wajah, saya tetap tidak khayal dengan asap rokok apa lagi asap ganja. Dan sampai sekarang, alhamdulillah saya tidak merokok.

Tapi entri ini bukan bertujuan membincangkan mengapa saya tidak merokok. Bukan juga saya ingin membincangkan fatwa sama ada merokok itu haram atau makruh. Siapalah saya, ustaz tidak ilmu pun tiada. Sedang fatwa merokok yang dikeluarkan oleh beberapa Majlis Agama Islam di negara ini, dan ulama besar seperi Syeikh Yusof al-Qardhawi pun masih lagi dipertikaikan oleh para perokok. Sedangkan seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada para penyokong parti Islam – katanya, ‘sebagai pejuang Islam hentikan merokok’, pun tidak dihiraukan oleh ramai para penyokongnya. Kerana itu saya zip mulut saya, terserahlah kepada diri masing-masing.

Entri ini juga bukan mahu membincangkan masalah merokok dan kebersihan. Soal para perokok membuang puntung rokok di merata-rata tempat dan tidak mempedulikan seruan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman, biarlah Allah saja yang menilai keimanan seseorang. Bukan juga soal mahu membincangkan kesan merokok kepada kesihatan seseorang, kesihatan orang keliling, alam sekitar atau ekonomi. Bila-bila sajalah kita bincangkan soal itu.

Tapi saya menulis entri ini kerana saya ingin mengaitkan cinta seorang perempuan dengan asap rokok. Pasti ada yang tertanya-tanya... biar saya jelaskan bagaimana.

Cerita bermula begini, dua minggu lepas ketika memandu, tanpa sedar satu beg plastik telah terlekat di enjin kereta saya lalu mengeluarkan bau terbakar. Saya yang jahil tentang enjin ini telah ke bengkel kereta sepupu saya. Selepas masalah dikenal pasti, sepupu saya itu mengajak saya minum kopi. Kami bersembang bersama beberapa orang yang lain. Semua orang kecuali saya menghisap rokok, dan selepas satu jam berada dalam ‘barn tembakau’ kepala saya terasa berpusing-pusing. Sepanjang hari pening itu terlekat di kepala saya. Berdenyut-denyut. Baki hari itu, apa kerja pun tak mampu saya buat.

Peristiwa ini membuat saya teringat kepada satu pemandangan biasa di gerai-gerai makan atau restoran di negara kita. Suami atau teman lelaki yang merokok ketika bersama isteri (dan keluarga) atau teman wanita. Semua ini membuat saya kagum kepada kaum perempuan yang tahan dengan asap rokok yang berkepul-kepul itu. Tidak peningkah mereka sebagaimana saya pening? Atau barang kali itulah apa yang dinamakan cinta sejati; sanggup menghadapi apa saja. Berkorban apa saja. Cinta sejati membuat seseorang sanggup merenangi lautan api. Jadi kalau setakat kabus asap rokok tentulah perkara kecil saja.

Syabas kepada lelaki perokok yang punya teman begitu. Anda lelaki bertuah kerana didampingi oleh perempuan yang benar-benar menyayangi anda. Dan saya tabik perempuan yang sanggup bernafas dalam asap rokok itu, sebab saya tidak sanggup. Anda telah membuktikan rasa cinta anda kepada pasangan anda.

Lalu saya akan memberitahu kepada kawan-kawan saya yang berhenti merokok selepas berkahwin kerana desakan isteri, bahawa isteri mereka ialah jenis yang tidak sanggup berkorban menghidu asap rokok mereka. Mereka sepatutnya mempertikaikan cinta isteri mereka ketika diminta berhenti merokok. Entahlah, labu!

KEJUTAN BREHIM DAH HILANG PEDASNYA




Semua kenal al-katak.Binatang ni ada berbagai nada suara.Ada berbagai temponya.Ada berbagai beatnya.Ada cha-cha-cha.Ada sambanya.Ada tanggo.Foxtrot.Dan ada juga jungle war dance.Aku tak mau tuleh banyak tentang katak,pasai orang dah tak suka nak dengar.Cuma aku petek post dari blog pinkturtle2 untuk tatapan pembaca blog aku.Juga tentang katak.
gambar hiasan
IBrahim Katak Berkempen Untuk UMNO Di Manek Urai

Semalam bertempat di kampung Laloh berdekatan stesen Minyak Caltex ibrahim katak secara terbuka tanpa segang silu mengajak pengundi-pengundi di Manek Urai supaya mengundi calon Umno BN dalam Pilihanraya nanti. Bherim katak berharap agar penduduk di manek urai dapat memberi kemenangan kepada calon UMNO BN demi untuk pembangunan di kawasan Manek Urai.
Pas tidak akan terjejas sedikitpun dengan kemenangan UMNO di MU katanya.Lagipun sepanjang 20 tahun pemerintahan PAS di Kelantan tidak ada pun pembangunan yang telah dibuat oleh Tok Guru katanya lagi.Ceramah yang dihadiri hampir 1000 orang lebih itu turut dihadiri penceramah import dari selangor iaitu Datuk Fuad Hassan.Tidak ketinggalan juga pelakon terkenal tanah air jalaluddin hassan juga turut berada di atas pentas bersama dengan brehim katak…
Cubalah bagi mandat sekali pada BN di Manek Urai ini demi pembangunan… itulah moto yang diulang berkali-kali oleh ibrahim katak dalam ceramahnya semalam
brehim katak memberi jaminan yang beliau sendiri akan memberitahu najib untuk pembangunan di Manek Urai sekirannya Umno BN menang di Manek Urai dalam Pilihanraya nanti….
Jutaaaan Tahniah Buat Brehim Katakkkk
Anda sememangnya seorang ahli Politik yang tidak ada tolak bandingnya di Malaysia ini…
Rakyat Kelantan Khususnya penduduk di Pasir Mas akan sentiasa Mengigati anda sepanjang mas…
Jumpa lagi dalam Pilihanraya akan datang wahai Brehim Katak


Sunday, July 5, 2009

ITS ONCE IN A WHILE





ITS ONCE IN A WHILE


Kita tak boleh membisu,sekali sekala kena berkokok.Kita tak boleh buat bodoh,sekali-sekala kena tunjuk pandai.Dalam apa hal pun kita tak boleh berstatik,sekali-sekala kena buat kejutan.buat kejutan yang kena pada tempatnya.Tapi jangan bagi orang selalu terkejut kerana itu memperbodohkan diri.Brehim ali sokmo buat kejutan melompat sana-sini.Dan sekarang apa dah jadi ? Seluruh pelusuk alam dah kenai dia.Dah hilang kecerdikan dalam diri.Larat kah nak berkwek2 macam katak pisang sorang diri.Sepandai2 katak melompat akhirnya jatoh ke mulut biawak.Kejutan saudara Anwar juga sebegitu .Dari nak buat rampasan kuasa yang tertunda dari seketika ke seketika juga akhirnya Umno merampas kuasa di Perak.Dari nak membeli wakil juga akhirnya umno dapat membeli 3 ekor katak di perak.Kejutan yang dibawa oleh Nasarudin dan Tok Pa Ali nak berkawin dengan umno juga akhirnya menikam diri sendiri Dok syok2 berdakap dengan umno mimpi terjatoh katil .Majoriti ahli pas dah tumpoi terhadap mereka.Saiful juga buat kejutan pasai juboqnya di ceroboh.Mengikut kaedah,bukan senang nak ceroboh juboq orang.Geli-hati dan malu.Yang ceroboh tu bukan dengan besi tajam,kayu atau benda keras.Ia cuma urat.Keras urat bukan setakat mana , hanya liat sedikit saja.Apa ke hai nya ? Nak kena bicara sampai ke akhirat.Semua tu kerja2 susah.

Jadi sekali-sekala kena check diri.Lebih2 lagi orang politik.Apa kerja hangpa ? Tak kan nak bergadoh berterusan,tak habis2 ? Bila dah menang buat lah kerja.Yang kalah tu mengaku kalah.Tunggu 5 tahun lagi.Tengok apa orang menang buat.Lepas tu lawan la pula bila sampai ketikanya.Dok rioh pimai buat apa.Rugikan masa saja.Rugikan masa orang2 yang mudah terpengaroh,terutamanya yang bodoh2.Yang jadi pak turut.Yang tak kenai ayiaq tu dalam atau cetek.Haru-biru habeh.Sapa nak tanggong semua dosa tu ? Di akhirat esok nafsi-nafsi.Sendiri tanggong.Dan yang mengkepalainya tanggong sama hak pengikutnya.Di dunia pengikut ramai boleh lah rasa megah.Di akhirat esok cukup leceh kalau pengikutnya juga berhaprak.

Sekali-sekali juga media kena check apa depa buat.Kalau hangpa dok pelaga orang bila berlaku kejutan.Mampuih la hangpa.Dosanya lebih besar lagi.Jadi batu api maknanya membakar juga diri sendiri.Ombak tak selalu menghempasi pantai dan ribut tak selalu bertiup kencang.

Sekali-sekala rakyat juga kena hisabkan diri.Ingatlah justice was never won without sacrifices.Kalau tak pandai any story can be another story altogether.

Its once in a while.

Saturday, July 4, 2009

UMURKU DUA TAHUN





UMUR KU 2 TAHUN


Sedar2 umur ku dah dua tahun.Seronok juga memblog.Daripada duduk saja,boleh juga asah minda tua.Kalau nak tuleh,macam2 boleh tuleh.Tak boleh habeh modal punya.Lagi tuleh lagi modai mai.mai,mai dan mai.Cuma tak dak masa nak tuleh.Yang minat berpolitik lagi banyak nak tuleh,nak maki,nak buat fitnah dan apa saja.Hari2 ada isu.Hari2 ada putar belit.Bila ada katak lompat,lagi banyak cerita yang nak tuleh.Bila altantuya di bunuh,berlambak2 depa tuleh dan makan masa bertahun.Ada pula PRK membuat blog politik rancak dan laju dari formula one.Bila ada skandal politik kita tak larat pula nak baca.Kini aku memang suka baca blog.Surat khabar lambat dan tak tepat.
Dari blog dapat berita terkini.

Kerja menuleh ni aku gemar dari dulu lagi.Dulu tak dak kemudahan.Aku tuleh di kertas saja.Aku juga bersajak.Aku banyak belajar dari kawan ku Jihaty Abadi.Tapi bila aku banding dengan tulisan Jihaty,aku campak saja karya ku.Tak dak standad kalau dibandingkan dengan karya Jihaty.Begitu juga cerpen, aku tuleh aku buang.Lebih2 lagi dibandingkan dengan karya Shahnon.Lagi tak berstandad.La ni aku sesai tak simpan karya2 ku.Mungkin kalau editkan kembali karya2 tu boleh distandadkan.Itulah muda2 dulu, masih bodoh2 lagi..Nasib baik kini ada segala kemudahan.Aku boleh tuleh blog.Boleh dibaca oleh sesapa yang berminat , dan disimpan dalam computer.Bukan nak cari duit,tapi nak tuleh.Duit boleh habeh.Bukan nak bagi orang sanjung , peduli apa pada orang.Tapi sekurang2nya mendidik.Jadi tugas guru yang aku pikul ,boleh diteruskan , walaupun dah pencen.

Kini aku berminat tuleh pasai social-ills.Kerana masyarakat kini berpenyakit.Mereka mengidap berbagai penyakit. Jadi aku tuleh penyakit dan aku sediakan parmasi untuk mereka pikiaq dari tulisan ku.Lega tak lega ,aku tak kisah.Semuanya itu kerja Allah.

Friday, July 3, 2009

UNTUK APA ??



Pokok pun ada jantannya dan ada juga betinanya.Yang diatas adalah pokok betina.Yang dibawah ialah jantannya..................gambar2 hiasan.

UNTUK APA ?


Hanya kita yang kenai.Kita kenai kita.Orang lain tak kenai.Kadang2 kita kenai buat tak kenai.Bedebah punya kita. Diri sendiri pun tak kenai.Walaupun kenai , belagak buat tak kenai.Manusia apa ni .Sampai macam tu ke jadinya.Sampai peringkat ni dia tak kenai ,makna nya dia tak kenai mati.Mati tak timboi dalam kepalanya..Tuhan tak timboi dalam jiwanya.Hatinya kering.Rohnya dibelenggu syaitan.Malaikat langsung tak menghampiri dirinya.Dalam dada penuh dengan syaitan.Mati tak mengerunkannya.Tak guna takutkan mati,sebab semua akan mati.Correct,correct,correct.Tak salah pendapat tu.Tapi yang takut ialah azab Allah.Takut pada azab Allah.

Manusia ni sekali pikiaq cukup hebat.Dapat menahan berbagai ujian Allah.Bila susah boleh tahan ujian itu.Ujian dalam peperangan boleh tahan.Ujian sakit boleh tahan.Mereka boleh lagi ingat dan minta pertolongan dari Allah.Golongan ni golongan yang kenai diri.Bila susah mintak jadi kaya.Bila sakit mintak bagi semboh.Bila berperang mintak kemenangan.Dapat bersabar dan bersabar.Tapi manusia ni bila di uji dengan nikmat boleh tumbang.Nikmat kaya boleh tumbang.Nikmat ada kuasa boleh tumbang.Cepat pula lupa diri,kembali semula macam golongan diatas.

Untuk apa ? untuk apa yang kita cari.Bila dah kaya untuk apa lagi yang dicari ? Bila dah berkuasa apa dan untuk apa lagi . Yang pandai2 tu mulalah cari bekalan akhirat .Yang haprak pula mula cari azab akhirat.Salah pasang niat.Dia menggadai diri sendiri.Terhinalah diri di akhirat.Tak dak harga diri.Menanti azab akhirat saja…..nauzubillah.

Yang baik tu menurut Allah dan menjauhi laranganNya.

Thursday, July 2, 2009

SELSEMA BABI ANGKARA SAPA ?


Aku petik berita ini dari blog: http://www.russiatoday.com/
Di tulis oleh ibnuyaacob.


Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.
Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.
Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.
Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?
Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.

VOLKSWAGEN





Hari ni aku boleh berpesta dengan VW beetle aku.Dia dah tip-top dibaiki oleh seorang budak melayu dari charok sireh,chepir.Budak ni sebenarnya pakar tentang kereta2 mini coopper.Tapi aku motivate dia supaya cuba pula dengan VW beetle ni.Cuba grand bulge ,pasti kamu berjaya.Mula2 dia teragak2 kerana katanya spare parts nya mahal.At last dia bersetuju.Memang betoi2 mahal.Cable hand-brake yang orijinal mencecah RM 280.

Dulu aku selalu pi servis kat Aloq Stag.Budak melayu juga.Memang dia tu pakar betol pasai VW ni.Dulu pernah menjadi chief foreman di Champion Motors, sebuah syarikat tersohor kereta2 VW,Rover dan juga GMC,Audi,Alfa dan lain2 dari continental.Kini dia dah bersara dan tak mau lagi berpomen,dan nak ulang-alik ke mesjid pula.

Tahun depan VW beetle aku mencecah umurnya yang ke 40 tahun.Itu dia ,life begins at forty.Banyak orang nak kat dia.Tapi aku tak akan lepaskannya.Dia banyak memberi khidmat pada ku.Jasanya best.

It is not actually a car,it is a volkswagen.

Wednesday, July 1, 2009

CHEF DULU DAN KINI








KEMISKINAN MEMILIKI WAJAH PEREMPUAN (SIRI 2 )


Dalam post aku yang terdahulu kita tengok mangsa dera .Mereka diperbudakan malah status mereka tu sebagai hamba-abdi.Dalam beberapa ketika kini dunia dilihat lebih kejam.Majikan dengan pekerja2nya.Kerajaan dengan rakyatnya.Kerajaan dengan rakyat negara lain.Kita melihat manusia mengkejami manusia.Semua bermula dari kemiskinan , kelaparan,ketidak setaraan gender,tingkat kematian ibu dan bayi yang cukup tinggi,taraf kesihatan yang rendah dan ketamakan kuasa oleh yang berkuasa..Haprak mengjengok2 untuk masok dalam diri yang tak beriman.


Di negera kita dah banyak maid di bawa masok untuk mengurus rumahtangga.Sebagai tukang masak,mengasuh anakanak dan sebagainya.Kalau menoleh ke belakang di zaman penjajah dulu,mereka cuma melantik tukang2 masak dari kaum lelaki.Malahan dalam filem P.Ramlee pun chef2nya dari lelaki.Haji Bakhil employ lelaki sebagai tukang masak.Jadi kelembutan dan keayuan perempuan tak jadi masalah pada majikan.Nak juga si perempuan,majikan lantikkan Jasni girlfriend Ibrahim pendek.Sapa terpikat kat Jasni ? Haji Bakhil dah tentu tidak,dia ada cikgu Murni.Mana boleh Haji Bakhil nak dera chefnya Ibrahim Din , Tompel. Dan P.Ramlee.Bila2 jam mereka bertiga boleh deeesingkan Haji Bakhil.Cuma dia boleh berlagak : berseluar pendek dan berpiknik di pantai bersama cikgu Murni.

KEMISKINAN MEMILIKI WAJAH PEREMPUAN


















Di zaman jahillah anak2 perempuan di bunuh.Di zaman jahilliah moden pula tenaga kerja wanita (TKW) pula di dera sewenang2nya.Ku kutip kini beberapa kes dari ratusan kesnya.Nampaknya masyarakat dunia sekarang sakit tenat.Sakit kemanusiaannya.


Kes 1

Eli Indriani, TKW asal Lampung selama dua bulan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia menderita luka di sekujur tubuhnya yang didapatnya selama bekerja pada Tan Kim Liem di Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur


Kes 2

TKW korban penganiayaan, Hikmah binti Sarni Parjan asal Grobogan, Jawa tengah Gadis asal Dusun Mrebung RT 1 RW 1 Desa Kemloko ini dianiaya majikannya di Arab Saudi dengan benda keras hingga punggungnya melepuh
Sumber:http://lpptki.wordpress.com/


Kes 3


Siti Hajar, tenaga keja wanita asal Garut, Jawa Barat. mengalami penganiayaan dan penyiksaan dari majikannya yang bernama Michel alias Hau Yuang Tyng di Malaysia
Sumber: http://www.tempointeraktif.com/


Kes 4

Nirmala Bonas, TKW asal Nusa Tenggara Timur. Oleh majikannya, dadanya disterika, badannya disiram air panas hingga pada melepuh, dan kepalanya dipukul hanger hingga menimbulkan luka parah dan sadis.
.
Sumber: http://alisyahsamosir.wordpress.com/

Kes 5

AULIYAH, tenaga kerja wanita (TKW) warga Blok Masjid Asolikhin, RT 05 RW 03, Desa Singajaya, Kec./Kab. Indramayu, pulang ke kampung halaman dalam kondisi nyaris buta. Hal itu terjadi karena ia sering dianiaya sang majikan di Kota Al-Arad, Bahrain.
Sumber:http:/pikiran-rakyat.com


Kes 6

Daftar TKW yang Menjadi Korban Perkosaan di Negeri Seberang
Eka Apri Setiowati yang bekerja sebagai pekerja rumah tangga di rumah Seow Eng Aik yang beralamat di 21-1-2 Tingkat Paya Terubong 3 Paya Terubong Air Itam Penang mengaku sudah tiga kali diperkosa majikannya dibawah ancaman. Sumber: http://tempo.co.id

Kes 7

Sy binti Ec, TKW asal Kabupaten Karawang, Jawa Barat kabur dari Kuwait karena diperkosa oleh majikannya, Mizdel Benian Halif Otaibi. Sumber http://kompas.com


Kes 8

Suryani bekerja sebagai pembantu di Johor Bahru selama dua tahun tapi belum pernah menerima gaji. Suryani selalu meminta gaji, namun majikannya hanya memberi janji dan Suryani akhirnya melarikan diri. TKW asal NTB ini menjadi korban perkosaan oleh anggota RELA (pasukan sipil sukarelawan Malaysia) melahirkan seorang anak perempuan sumber: http://www.kapanlagi.com/


Kes 9
Anna, (bukan nama sebenarnya) korban perkosaan dan penganiayaan yang dilakukan oleh majikan dan diperkosa oleh agen jasa tenaga kerja di Saudi Arabia. Sumber: ttp://beritapendidikan.com
dsb………….dsb………….yang mungkin kedepannya akan terus semakin bertambah


DAFTAR TKW YANG MENINGGAL DUNIA YANG DI DUGA KORBAN PENGANIAYAAN
--------------------------------------------------------------------------------------------

Kurniasih, seorang TKW asal Demak, Jawa Tengah, bekerja di Kuala Lumpur selama. empat bulan.ditemukan tewas di kamarnya, Pucong Perdana, Kuala Lumpur dengan kondisi tubuh yang lebam-lebam . Sumber: http://www.kabarindonesia.com

Sundari, TKW asal Desa Ketanon, Ngantru, Tulungagung, sangat memukul pihak keluarga. Mereka menduga, Sundari yang bekerja di Riyadh, Arab Saudi ini meninggal akibat dianiaya majikan. Sumber: http://surabaya.detik.com/


Binti Roisatun , Tenaga Kerja Wanita (TKW) yang tewas akibat penganiayaan di rumah majikannya, Al Manshur, di Riyadh Arab Saudi. Sumber: http://www.gatra.com/


Laila Darus Seorang TKW (Tenaga Kerja Wanita) asal Indramayu meninggal di Syiria diduga akibat penganiayaan majikannya. Selain mengalami kekerasan fisik, gaji korban selama bekerja selama satu tahun sama sekali belum dibayar. Sumber: http://www.indosiar.com/


Aan Rohana binti Jaja Markun , asal Dusun Sumurbatu, RT 01/01 Desa Sukamerta, Kec Rawamerta, Kab Karawang yang tewas terjatuh dari lantai empat, di Damaskus, Suriah. Menurut seorang TKW asal Indonesia berinisial UK, Aan terjatuh karena didorong majikannya. Sementara, kesaksian lainnya mengatakan, jatuhnya Aan murni kecelakaan kerja. Sumber: http://news.okezone.com
dsb………….dsb………….yang mungkin kedepannya akan terus semakin bertambah


Catatan dan Refleksi:

Foto dan berita di atas hanyalah sebagian dari berbagai fakta tentang tragedi kemanusiaan yang menimpa saudara-saudara kita. Mereka berusaha mengais rejeki di negeri orang, dengan berbekal sejuta mimpi indah, namun yang mereka dapatkan justru mimpi buruk yang mengerikan. Hasrat hati ingin memperbaiki nasib dan kehidupan, namun justru kemalangan yang mereka dapatkan.
Atas segala resiko dan pengorbanannya, mereka sering dipuja sebagai “Pahlawan Devisa Negara”, tetapi apakah tidak ada cara lain yang lebih bermartabat untuk mendapatkan devisa negara? Saya kira terlalu mahal untuk memperoleh devisa dengan cara mengorbankan harga diri pribadi dan harga diri kita sebagai sebuah bangsa.
Semua peristiwa mengenaskan ini tentunya harus menjadi bahan renungan semua pihak agar tidak terus menerus berulang, sekaligus juga demi tegaknya harga diri dan kehormatan bangsa.
Ah………….andaikan saja seluruh anak bangsa ini cerdas dan terdidik, mungkin peristiwa-peristiwa tragis semacam ini bisa dieliminir atau bahkan sama sekali ditiadakan.
================================

“Berita dan Foto Mengenaskan Para TKW Korban Penganiayaan di Negeri Seberang”

( sumber asal dari blog : http://akhmadsudrajat.wordpress.com/)