Thursday, July 2, 2009

VOLKSWAGEN





Hari ni aku boleh berpesta dengan VW beetle aku.Dia dah tip-top dibaiki oleh seorang budak melayu dari charok sireh,chepir.Budak ni sebenarnya pakar tentang kereta2 mini coopper.Tapi aku motivate dia supaya cuba pula dengan VW beetle ni.Cuba grand bulge ,pasti kamu berjaya.Mula2 dia teragak2 kerana katanya spare parts nya mahal.At last dia bersetuju.Memang betoi2 mahal.Cable hand-brake yang orijinal mencecah RM 280.

Dulu aku selalu pi servis kat Aloq Stag.Budak melayu juga.Memang dia tu pakar betol pasai VW ni.Dulu pernah menjadi chief foreman di Champion Motors, sebuah syarikat tersohor kereta2 VW,Rover dan juga GMC,Audi,Alfa dan lain2 dari continental.Kini dia dah bersara dan tak mau lagi berpomen,dan nak ulang-alik ke mesjid pula.

Tahun depan VW beetle aku mencecah umurnya yang ke 40 tahun.Itu dia ,life begins at forty.Banyak orang nak kat dia.Tapi aku tak akan lepaskannya.Dia banyak memberi khidmat pada ku.Jasanya best.

It is not actually a car,it is a volkswagen.

3 comments:

Anonymous said...

VW memang jenama mahal dan mewah. VW Golf yang baru harga sampai 3ratus ribu lebih. Tak sanggup aku nak pakai VW. Baik guna volvo ja, lagi jimat.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

tahun 60an dulu harga VW Beetle cuma 4,500 ringgit.

tahun 80an orang tak berminat kereta berpintu dua.Harga second-hand beetle yang masih comel cuma 1,000 ringgit saja.malah ada yang lebih rendah.

Kemudian tahun 2000 nilainya mencecah belasan ribu.Yang dimodifiednya pula ada yang berharga sampai 40,000 ringgit.

It is not a car ,it is a volkswagen.

KotaStar said...

Taniah kerana memasuki kumpulan orang istimewa memiliki kereta antique/lama. Sdr bukan saja tuan punya VW beetle tetapi mempunyai model 'golf' satu-satunya yg sukar dicari sekarang.Hitler orang yg mencipta VW dengan kerjasama Porsche satu lagi syarikat terkenal sekarang. Satu lagi syarikat awal dl usaha menerbitkan kereta VW ialah NSU. Tahun 1959 saya memiliki scooter NSU , canggih betul. Kalau masih simpannya sekarang tentu classy dan harganya tinggi.Bagi mechanic sdrtu jaganya baik-baik nanti VW Germany akan datang ke Banggol Derdap.