KEDAH VOLUNTEER FORCE : ESPI BRANCH,BERPERANG PADA TAHUN 1940AN
KEDAH VOLUNTEER FORCE BERPERANG ZAMAN JEPUN.
KEDAH VOLUNTEER FORCE 1940....ESPI BRANCH.
LT.HASSAN SHUAIB BEKAS KEDAH VOLUNTEER FORCE .BERASAL DARI ESPI.
MERCU TANDA ESPI : THE CLOCK TOWER
BADGE SEKOLAH ,YANG DULU TAK TERTULIS SMK IBRAHIM
SUNGAI PETANI
Sungai Petani tak boleh lari dari ingatan ku.Terkenal dengan panggilan ESPI , serupa jua Aloq Staq dengan AS nya.Dari hutan belantara Srengnenge , aku berhijrah ke ESPI sejak berumur 9+ tahun.Masok sekolah inggeris Ibrahim School dengan tak tau sepatah pun bahasa inggeris.Terpinga2 perak seperti kunta-kinte di bawa lari ke tanah amerika.ESPI memberi aku seribu makna.Aku disini sehingga aku lulus senior Cambridge.Aku tak mau cerita panjang.Berbagai kepelbagaiannya.Sepuluh hari pun tak habeh cerita.
Berbagai pengalaman aku dapat di ESPI.Pengalaman anak kecil,pengalaman sebagai remaja dan kedewasaan ku pun banyak aku dapat di sini.Kawan2 ku ramai di sini.Di setiap taman perumahan ada kawan2 ku.Dari melayu,cina dan India.Kami dulu tak pilih kawan.Cuma kawan perempuan yang kurang,kerana sekolah dulu for males only.Girls school cuma Father Barres Convent.Adalah kenal dua tiga orang ,Dorothy,Grace,Ah Chee, mereka semua ialah girlfriend kekawan aku.Semua memelok Islam dan dah beranak-bercucu.Ada kawan ku kawin dengan gadis perancis dan kini menetap di London.Ada kawin dengan gadis amerika.Dan menetap di Milwaukee,Amerika.Tapi jodoh ku dekat ESPI saja.
Setiap kali ke ESPI aku akan ronda Jalan Ibrahim.Jalan utama sejak dulu lagi.Macam Jalan Langgar di AS.Mercu tandanya ialah jam besar.Masih berdetik hingga kini.Umurnya lebih kurang Ibrahim School.Terbina sejak 1919.Kelmarin aku ajak isteri ku ronda Jalan Ibrahim.Isteriku juga ada nostalgianya tersendiri.Dia tak bersekolah sama dengan aku.Dia lebih muda.Yang cukup menjadi ingatannya ialah Rumah pengetuanya Tengku Adnan.Seorang kirbyite.Isteriku masa sekolah dulu tinggal di rumah pengetuanya.Setiap hujung minggu Tengku Adnan akan membawa keluarganya bersama isteriku menonton late night show sama ada kat Empire Theatre atau Cathay Cinema.Kedua kami kelmarin terasa lebih muda.Kami dapat imbasan ke masa dulu.Kawan pembaca blog ku : cubalah sekali sekala bawa isteri ronda2 ke tempat yang memberi awet muda pada diri.
I think I can write a book about ESPI…..viva,adios.

No comments:
Post a Comment