Friday, July 3, 2009

UNTUK APA ??



Pokok pun ada jantannya dan ada juga betinanya.Yang diatas adalah pokok betina.Yang dibawah ialah jantannya..................gambar2 hiasan.

UNTUK APA ?


Hanya kita yang kenai.Kita kenai kita.Orang lain tak kenai.Kadang2 kita kenai buat tak kenai.Bedebah punya kita. Diri sendiri pun tak kenai.Walaupun kenai , belagak buat tak kenai.Manusia apa ni .Sampai macam tu ke jadinya.Sampai peringkat ni dia tak kenai ,makna nya dia tak kenai mati.Mati tak timboi dalam kepalanya..Tuhan tak timboi dalam jiwanya.Hatinya kering.Rohnya dibelenggu syaitan.Malaikat langsung tak menghampiri dirinya.Dalam dada penuh dengan syaitan.Mati tak mengerunkannya.Tak guna takutkan mati,sebab semua akan mati.Correct,correct,correct.Tak salah pendapat tu.Tapi yang takut ialah azab Allah.Takut pada azab Allah.

Manusia ni sekali pikiaq cukup hebat.Dapat menahan berbagai ujian Allah.Bila susah boleh tahan ujian itu.Ujian dalam peperangan boleh tahan.Ujian sakit boleh tahan.Mereka boleh lagi ingat dan minta pertolongan dari Allah.Golongan ni golongan yang kenai diri.Bila susah mintak jadi kaya.Bila sakit mintak bagi semboh.Bila berperang mintak kemenangan.Dapat bersabar dan bersabar.Tapi manusia ni bila di uji dengan nikmat boleh tumbang.Nikmat kaya boleh tumbang.Nikmat ada kuasa boleh tumbang.Cepat pula lupa diri,kembali semula macam golongan diatas.

Untuk apa ? untuk apa yang kita cari.Bila dah kaya untuk apa lagi yang dicari ? Bila dah berkuasa apa dan untuk apa lagi . Yang pandai2 tu mulalah cari bekalan akhirat .Yang haprak pula mula cari azab akhirat.Salah pasang niat.Dia menggadai diri sendiri.Terhinalah diri di akhirat.Tak dak harga diri.Menanti azab akhirat saja…..nauzubillah.

Yang baik tu menurut Allah dan menjauhi laranganNya.

3 comments:

KotaStar said...

Blog 2 tahun tapi cerita yang saudara curahkan tetap banyak. Kalah penulis-penulis terkenal. Saya setuju blog ini memimpin dan menggalakan kita terus menjadi guru menyampaikan ilmu masing-masing dan sekurang2nya tak pula sunyi dan bosan. Ada orang membaca dan kita pula terus segar kerana dapatmembaca tulisan kawan-kawan lain. Hendak ucap selamat hari jadi kepada blog Nginap Srengenge.Semoga banyak lagi tahun-tahun ulanngan. Salam

Anonymous said...

Very nice picture pak cha. Hope this picture not yours!

NGINAP SRENGENGE said...

Pak Non,

Betoi kata2 orang tua dulu : sekali jadi cikgu , selama2nya cikgu.

Dah pencen pun orang dok panggil cikgu juga.Alhamdulillah Allah pilih kita menjadi cikgu.

Saudara anonymous,

Yeah , those pictures are not mine.I got it from my fellow blogger.Thank you for visiting my blog.

wassalam Pak Non and anonymous.