Sunday, June 5, 2011

BANG MAT DI RESTUI






SUARA BANG MAT MEMPUNYAI HIKMAH


Mohamad turut menegurkan orang Melayu kerana "tidak ambil berat" dalam menanggapi sesuatu isu menyentuh kaum, berbanding kaum Cina dan India. Walaupun kurang gemar bercakap soal perkauman, Mohamad Sabu memberi contoh berhubung dua kes kematian yang hampir sama - kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed - tetapi tanggapan isu berbeza mengikut kaum. "Kaum Tiong Hua mengambil sikap, isu Teoh Beng Hock diratapi... Tetapi kejadian yang berlaku kepada (Ahmad) Sarbani ditemui mati, kita (orang Melayu) kata, apa boleh buat... "Jadi menanggapi isu-isu ini berlainan berbanding kaum Tiong Hua atau India...Ada berita tunjuk perasaan, (ada orang Melayu) ditangkap, (kemudian) ditinggalkan. Jadi kita tidak ambil berat," katanya.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menyambut baik cadangan yang dibuat oleh Mohamad berhubung keperluan memperkasakan Majlis Syura Ulama sambil juga mengharapkan cadangan dan syor daripada ahli akar umbi.

"Jarang kita dengan pengesyoran daripada ahli (akar umbi), apa lagi untuk dibuat selain selain yang baru kita dengar kita buat proses audit. "Audit kerja auditor, (tetapi) kalau nak buat cadangan kita boleh pertimbangkan. Selain itu hanya pengharapan tapi itu (dari) suara murni yang ikhlas, dan (Majlis) Syura Ulama menerima," katanya.

Dipetik Dari MalaysiaKini.Com

No comments: