Friday, June 10, 2011

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA

Kecil sangat alam ni
Besar terhingga alam akhirat
Mengejar dunia mencari yang abadi


MAT SABU SAYS..........





“Umno sebenarnya sudah lemas, sebab itu membangkitkan isu perpaduan Melayu. Kami (kepimpinan baru PAS) tetap perjuangkan perpaduan Melayu tetapi berlandaskan keadilan untuk kepentingan semua masyarakat,”kata Mat Sabu. - MI.




MUSLIMEEN UNITED SAYS




Berita di Buletin Utama TV3 malam ini agak berbeza dan cukup mengejutkan. PAS telah diserang habis-habisan dengan seluruh kekuatan TV3 dalam penyediaan maklumat. Lebih 15minit masa perdana telah digunakan untuk menyerang parti PAS. Ini agak pelik kerana sebelum Muktamar ke 57, PAS disanjung tinggi dengan kepimpinan ulama diberi ruang yang cukup baik oleh media arus perdana. Tetapi selepas muktamar, PAS menjadi sasaran terbaru UMNO. Adakah ianya berkait rapat dengan pinangan yang telah ditolak?

Layanan baik UMNO terhadap PAS sebelum ini tidaklah seikhlas mana. Rupa-rupanya UMNO telah berdendam dengan PAS kerana bukan sahaja hantaran meminang untuk membentuk perpaduang telah ditolak tanpa bicara lagi, kepimpinan baru PAS juga dilihat tidak mesra terhadap UMNO dalam apa jua keadaan menyebabkan peluang UMNO untuk slowtalk dengan PAS hancur berkecai.

Maka tidak hairanlah mulai hari ini hingga pilihanraya akan datang, PAS akan terus diserang oleh media arus perdana setelah gagalnya usaha pihak terdesak mencari penyambung nyawa. Percayalah bahawa lagi teruk PAS dan Pakatan Rakyat di hentam oleh media arus perdana, lagi banyak sokongan yang bakal diperolehi. Kerana rakyat kian celik, memilih untuk sebuah kerajaan rakyat, negara berkebajikan !










No comments: