Sunday, June 5, 2011

BOB LOKMAN MULAI TERKENAL DGN ORANG LANGIT


BOB LOKMAN BERUCAP DI MUKTAMAR PAS


Bob Lokman salahkan Umno

Sementara itu, bekas pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman dalam ceramah ringkasnya di muktamar Pas menyuarakan kekesalannya dengan tindakan Umno yang menyesatkan umat Islam di negara ini.

"Disebabkan Umnolah, saya jauh dari PAS sehingga 25 tahun. Tapi kini saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan kesempatan berada dalam PAS untuk bersama-sama berjuang di jalan Allah," tegasnya.

Beliau diberikan peluang berucap oleh pihak penganjur ceramah sempena Muktamar PAS Ke-57 yang berlangsuing di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, bagi melancarkan derma jihad.

"Inilah kali pertama saya berucap di Taman Melewar ini yang dulunya Markas Tarbiyah PAS Pusat, tapi kini dah menjadi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad.

"Tak sangka pula saya diminta berucap di sini malam ini. Saya hanya hadir untuk berrsama kawan-kawan dalam PAS di sini pada malam ini untuk mendengar ceramah," katanya bersahaja.

the malaysian insider

1 comment:

Kakzakie said...

Assalamualaikum ayahanda,

Hidayah dah sampai padanya. Alhamdulillah....