Tuesday, June 14, 2011



GEMPA SANA,GEMPA SINI......bersedialah tak lama lagi.....bila tiba masanya semua akan merudum





Gegar di Sulawesi

JAKARTA 14 Jun – Satu gegaran kuat dengan kekuatan 6.2 pada skala Richter berlaku di kepulauan Sulawesi, Indonesia malam tadi namun tiada laporan kerosakan mahupun amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi di bawah laut pada kedalaman 13 kilometer dan 211 kilometer dari timur Manado, Sulawesi itu berlaku pada pukul 10.31 malam, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada amaran atau makluman tsunami dikeluarkan di dalam laman web Pusat Amaran Tsunami setakat ini. - AFP

Gegar di Sumatera Utara

KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.-BH

Gegar lagi di Christchurch

WELLINGTON: Beberapa siri gempa susulan melanda bandar Christchurch semalam, bandar yang pernah dilanda gempa bumi besar Februari lalu, meruntuhkan satu bangunan di antara beberapa lagi bangunan yang masih berdiri di kawasan bandar dan menyebabkan bekalan elektrik di beribu-ribu kediaman terputus. [Lagi di sini]

No comments: