Thursday, October 27, 2011

AIDILADHA 1432








Umat Islam Malaysia sambut Aidiladha 6 November
27/10/2011 9:08pm

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011,” katanya. - Bernama





1 comment:

sonata anak kancil said...

selamat hari raya - maaf zahir dan batin. Raya kat Mekah / Madinah tak serupa raya macam kat sini kan !