Sunday, October 2, 2011

APAKAH BAHAYA MEMAKAN NASI ?




Aku highlight semula n3 lama aku (Julai 20,2007) kerana memandangkan ada banyak pengajaran di dalamnya...........harap boleh dimanfaatkan




RICE IS USELESS

Makanan utama kita ialah nasi . Asal dari beras . Beras ialah makanan yang baru kalau dibandingkan dengan makanan yang lain . Gandum , barli , rye adalah lebih awal dari beras . Pisang juga lebih awal . Jagung lebih awal . Keledek juga lebih awalnya . Sejarah beras aku pun tak tau . Sudah pasti bukan dari barat , bukan dari tanah arab , bukan dari Russia . Ia tumbuhan teropika . Sudah tentu asalnya dari kawasan teropika . Ia juga adalah tanaman bukit . Orang dulu berhuma . Padi baru sangat ditanam dalam air .
Mungkin catatan aku ni betul ataupun salah . Cuma itu yang aku tahu. Selepas itu timbullah berbagai jenis padi . Ada kecil ada besar , ada panjang adanya pendek . Dalam sejarah purba tak ada di sebut tentang padi ini . Orang dulu biasa makan roti dari gandum .
Dulu makan nasi tak banyak datang masaalah kesihatan . Dulu padi ditumbuk . Bahagian kecil di kepala beras memberikan banyak khasiat . Boleh sembuh penyakit beri-beri . Tapi padi yang di mesin di kilang , bahagian dikepala beras terhakis . , yang tinggal cuma tubuh beras. Bahagian berkhasiat itu bercampur dengan dedak . Jadi dedak lebih berkhasiat dari tubuh beras . Beras mengandungi banyak kanji . Kanji ini yang menyebabkan banyak penyakit . ia bertukar ke glucose . Bertukar ke gula . Sebab tu orang berpenyakit kencing manis dinasihat doktor supaya kurang makan nasi . Banyak makan nasi pointer kencing manis naik mendadak . Oleh itu lebih baik makan dedak . Tapi dedak kita berikan pada itik . Itik makan dedak . Itik lebih sihat dari tuannya , kerana dedak lebih berkhasiat dari nasi .
Aku baca dalam sebuah artikel dalam The Straits Times . Dia sebutkan bahawa 'rice is useless' . Satu cawan beras terkandung 10 camca glucose ( gula ) . Whaadooo , hebatnya beras . Kita makan gula sangat banyak . Sangat banyak , sangat banyak . Dalam kopi ada gula , dalam teh ada gula , dalam buah ada gula , dalam minuman bergas lagi banyak gula , teh tarik juga banyak gula. Masak bihun pun bubuh gula , cendoi juga bergula , ABC ada gula . Semuanya bergula , gula , gula . Tak dak sapa nak makan yang tawar . Dulu semut mati dalam gula , sekarang manusia mati kerana gula .
Kita kena ubah cara makan , ubah tabiat makan . Makan nasi sikit saja , tapi banyak makan sayur2an , banyak makan ikan . Ikan tak jadi cacing . Aku dah mula mempraktiknya . Aku rasa aku berjaya , tapi terlambat sikit kerana ilmu ini aku baru dapat . Biar lambat asalkan selamat .
Budaya kenduri juga kita kena ubah . Jangan dok suruh tambah nasi , suruh tambah lauk . Bubuh gulai dalam timba , bimbit pi tambah dalam mangkok . Buat sayur banyak2 . Pakat rantah . Jangan kedekut jamu lauk banyak2 . Ingat 'rice is useless' .
Kena jaga kesihatan badan supaya mudah beribadat kepada Allah . Aku bukan takut pada penyakit , tapi aku takut bila sakit susah nak buat ibadat . Nabi s.a.w banyak mengajar kita cara makan . Dekatilah sunnahnya supaya mudah dapat pedoman . Penyakit tak membawa mati . Mati sebenarnya bukan kerana penyakit . Kita mati kerana sampai ajal . Penyakit cuma jadi asbab . Pohon mati dalam iman .
Makanan terbaik di negara kita ialah ubi keledek dan pisang . Kedua2nya lebih baik dari nasi . Orang2 tua kita dulu banyak makan keledek . Depa juga banyak makan pisang . Pisang dibakar ataupun direbus . Depa tak buat cucur . Depa kurang makan minyak .
Aku kecik2 dulu pun dijamu pisang bakar . Otak kami dulu jadi cerdik . Itu cerita sebelum perang dunia kedua , sebelum merdeka .Sekarang kita dah merdeka , dan sekarang Perang Dunia ketiga akan meletus bila2 masa . Ia akan jadi perang besar . Ia akan jagi perang nuklear . Dunia akan musnah semusnahnya . Manusia yang hidup kena kembali hidup macam orang zaman batu pula . Kerana semua kemudahan musnah . Lambat pula nak membangun kembali . Bukan senang nak membangunkan ilmu . Kena mula dari zero ( kosong) .






No comments: