Monday, October 31, 2011

REZEKI MATI & REZEKI HIDUP





Dengan nama Allah , 99 semuanya

Membaca blog anaknda Al-makki yang kini bertugas di Makkah memberi aku satu kepahaman yang nyata bahawa rezeki hidup dan mati tak seiring.........tak sama.....jangan terlalu sombong kepada yang berkuasa dan janganlah sedih kepada yang tiada apa2 di dunia ni...........yang penting ialah ketaqwaan........setiap minggu kita diberi ingat di mimbar jumaat...........susah nak bikin , senang nak cakap.......iman yang menentunya.







Gambar hiasan Kubur Ma'ala di Makkah.

Sila ikuti cerita terkini dari Al-Makki :


Satu cerita jemaah haji kita dari Malaysia, baru baru ini, jemaah haji tadi baru sampai dari Malaysia di Jedah dan di timpa strok di Airport Jedah seterusnya di masukkan ke Hospital Jeddah. Selepas beberapa hari di jeddah, team Perubatan kita membuat keputusan untuk membawa beliau yang tidak sedarkan diri itu ke Mekah. Alhamdulilllah selepas 6 jam berada dalam tanah Mekah, beliau menghembuskan terakhir di Tanah AHram dan di solatkan di Masjidil HAram. Walaupun beiau di lahirkan di Malaysia, di besarkan di Malaysia dan hanya sampai Mekah dalam keadaan tidak sedar, tetapi alhamdulillah beliau di kuburkan di Mekah dalam satu perjalanan untuk mengerjakan haji.

Teringat dengan kematian Raja nombor dua dalam Saudi ini, beliau di lahirkan di Saudi, di besarkan di Saudi tetapi tidak di takdirkan meninggal di Mekah.

ni pula cerita srengenge:

Cuba pikiaq panjang2........cuba pikiaq dalam2........cuba pikiaq lama2........sejenak berpikiaq lebih baik dari dunia dan isinya.
Salam Melebar Senyum


No comments: