Thursday, October 20, 2011

GADAFFI TERBUNUH

TERKINI!!




Tidak lama selepas berita bahawa bekas pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi cedera di kedua-dua kakinya, satu laporan berita dari Al Jazeera menyebut beliau telah terbunuh.

Punca kematian Gaddafi akibat daripada kakinya yang cedera parah selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera pealihan kerajaan (NTC) dengan bantuan tentera NATO yang berjaya menawan kubu terakhir Gaddafi di bandar kelahirannya, Sirte.

Jurucakap NTC, Jamal abu-Shaalah yang juga komander operasi menangkap Gaddafi berkata, semasa ditawan, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak kerana kedua-dua kakinya cedera teruk semasa pertempuran.

Satu lagi laporan menyebut bahawa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang bawah tanah setelah cuba melarikan diri menggunakan lebuh raya menuju ke sempadan Tunisia.

Jurucakap NTC yang berada di Sirte, Abdel Majid berkata Gaddafi dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah ambulans.

Bagaimanapun, dalam perjalanan ke hospital di Misurata, Gaddafi telah meninggal dunia.

Majed juga menyebut semasa pertempuran tersebut, ketua turus tentera Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr terbunuh berhampiran dengan tempat di mana Gaddafi ditawan.

Agensi berita Reuters turut mengesahkan bahawa Gaddafi terbunuh, sebentar tadi.

JALAN PULANG

4 comments:

Safwan said...

dari gambar dia mati dibunuh di kepala.

pejuang bahasa said...

apa nak jadi dunia umat Islam.kena buli dengan NATO jahanam aje.

Chik Att said...

dimana2 pun ... ada Amerika ....

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Tak lama lagi di mana jua ada dajjalnya......dajjal tak boleh masuki Makkah dan Madinah.