Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat waran tangkap ke atas Pelakon, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Portal berita the Star.com memetik pengarah JAIS, Marzuki Hussin memberitahu wartawan di Shah Alam bahawa waran tangkap itu dikeluarkan pada 28 Oktober lalu yang membolehkan Bob ditangkap jika dikesan di negeri itu
“Jabatan kami sedang mencari Bob (kanan),
kerana beliau dikehendaki membantu siasatan yang membabitkan dirinya.
Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob
hadir di mahkamah (syariah).“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya diambil,” kata Marzuki dipetik akhbar itu.
Bob ditahan di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah kepada kira-kira 70 hadirin.

3 comments:
Assalamualaikum Ayahanda
moga Allah pelihara dia
Wassalam
hina rasul perlekeh hudud buat video lucah tak kena tangkap....bercakap benci umno ngokkk kena tangkap
patut pun kena.riak sgt.
Post a Comment