Monday, July 6, 2009

ROKOK




Aku memang rancang nak tuleh pasai rokok.Dari perspektif baru.Kerana aku pun dah dulu banyak menulis tentang tobacco ni.Dok cari beberapa idea baru dari lakonan manusia kini.Tak semena2 aku teringat satu blog yang membicarakan masaalah tobacco ini.Dan aku kira tulisannya cukup menarik,kerana dia coretkan dari pengalaman sendiri.Jadi aku juga kira pembaca boleh berkongsi sama.Selamat membaca.









Rokok

Saya tidak merokok. Tapi saya bukan tidak pernah merasa apa yang disebut nikmat asap rokok oleh para perokok. Saya pernah mencuba ketika berumur 16 tahun. Tapi hanya atas dasar mahu tahu bagaimana rasanya asap tersebut dan bukan niat menjadi perokok.

Saya tidak merokok bukan kerana saya Mat Belia; pakai baju batik atau baju lengan panjang kemas berbutang di tangan. Bukan... bukan, saya ketika muda dulu Mat Rock. Saya Mat Rock yang berrambut panjang mengurai dan selekehnya hingga pernah seluar jean saya tidak berbasuh sampai satu semester. Tapi ketika itu pun saya tidak merokok. Ketika saya dalam zaman headbanging mendengar lagu-lagu heavy metal, boleh khayal mendengar Rosli Mohalim goreng gitar bersama Sweet Charity dalam lagu Sejuta Wajah, saya tetap tidak khayal dengan asap rokok apa lagi asap ganja. Dan sampai sekarang, alhamdulillah saya tidak merokok.

Tapi entri ini bukan bertujuan membincangkan mengapa saya tidak merokok. Bukan juga saya ingin membincangkan fatwa sama ada merokok itu haram atau makruh. Siapalah saya, ustaz tidak ilmu pun tiada. Sedang fatwa merokok yang dikeluarkan oleh beberapa Majlis Agama Islam di negara ini, dan ulama besar seperi Syeikh Yusof al-Qardhawi pun masih lagi dipertikaikan oleh para perokok. Sedangkan seruan Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada para penyokong parti Islam – katanya, ‘sebagai pejuang Islam hentikan merokok’, pun tidak dihiraukan oleh ramai para penyokongnya. Kerana itu saya zip mulut saya, terserahlah kepada diri masing-masing.

Entri ini juga bukan mahu membincangkan masalah merokok dan kebersihan. Soal para perokok membuang puntung rokok di merata-rata tempat dan tidak mempedulikan seruan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman, biarlah Allah saja yang menilai keimanan seseorang. Bukan juga soal mahu membincangkan kesan merokok kepada kesihatan seseorang, kesihatan orang keliling, alam sekitar atau ekonomi. Bila-bila sajalah kita bincangkan soal itu.

Tapi saya menulis entri ini kerana saya ingin mengaitkan cinta seorang perempuan dengan asap rokok. Pasti ada yang tertanya-tanya... biar saya jelaskan bagaimana.

Cerita bermula begini, dua minggu lepas ketika memandu, tanpa sedar satu beg plastik telah terlekat di enjin kereta saya lalu mengeluarkan bau terbakar. Saya yang jahil tentang enjin ini telah ke bengkel kereta sepupu saya. Selepas masalah dikenal pasti, sepupu saya itu mengajak saya minum kopi. Kami bersembang bersama beberapa orang yang lain. Semua orang kecuali saya menghisap rokok, dan selepas satu jam berada dalam ‘barn tembakau’ kepala saya terasa berpusing-pusing. Sepanjang hari pening itu terlekat di kepala saya. Berdenyut-denyut. Baki hari itu, apa kerja pun tak mampu saya buat.

Peristiwa ini membuat saya teringat kepada satu pemandangan biasa di gerai-gerai makan atau restoran di negara kita. Suami atau teman lelaki yang merokok ketika bersama isteri (dan keluarga) atau teman wanita. Semua ini membuat saya kagum kepada kaum perempuan yang tahan dengan asap rokok yang berkepul-kepul itu. Tidak peningkah mereka sebagaimana saya pening? Atau barang kali itulah apa yang dinamakan cinta sejati; sanggup menghadapi apa saja. Berkorban apa saja. Cinta sejati membuat seseorang sanggup merenangi lautan api. Jadi kalau setakat kabus asap rokok tentulah perkara kecil saja.

Syabas kepada lelaki perokok yang punya teman begitu. Anda lelaki bertuah kerana didampingi oleh perempuan yang benar-benar menyayangi anda. Dan saya tabik perempuan yang sanggup bernafas dalam asap rokok itu, sebab saya tidak sanggup. Anda telah membuktikan rasa cinta anda kepada pasangan anda.

Lalu saya akan memberitahu kepada kawan-kawan saya yang berhenti merokok selepas berkahwin kerana desakan isteri, bahawa isteri mereka ialah jenis yang tidak sanggup berkorban menghidu asap rokok mereka. Mereka sepatutnya mempertikaikan cinta isteri mereka ketika diminta berhenti merokok. Entahlah, labu!

3 comments:

Anonymous said...

Aku dah fedup nak nasihatkan perokok ni. Bagi aku golongan perokok adalah golongan celaka. Terutamanya mereka yang menyokong parti islam. Dalam hati nak tegakkan hukum islam, tapi fatwa ulama' langsung taknak dengar. Bagi aku, orang PAS yang merokok lagi keji dan hina dari puak UMNO yang tidak merokok. Lagi meluat kalau aku tengak pak2 lebai yang merokok.


Memang celakalah geng2 perokok ni!!!

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Mullah sahabatku,seorang ustaz yang warok cukup marah pada ahli serban dan jubah yang hisab rokok.Menurutnya dia lihat orang2 jenis ni cukup hudoh.

Memang orang pas pun banyak yang hisab rokok.Orang pondok pula dengan rokok daun.Perempuan2 tua pula dengan hisab curutnya.

Anonymous said...

suatu ketika dulu saya rasa puas bila dpt memenuhkan paru2 ngan asap rokok..

setelah mendpt petunjuk, alhamdulillah, kini 'clean'.. tp kekadang dtg 'serangan' tu blh tergugat iman yg senipis kulit bawang ni.. cpt2 bwk istighfar...