Friday, March 27, 2020

BAB 42 DARI MEMOIRKU...........AKU BUKAN SEORANG GURU



BAB 42
AKU BUKAN CIKGU
(hakcipta nginapsrengenge)
-----------------------------------------------------------
Laporan gurubesar dah sampai ke Pejabat Pelajaran...........sudah tentu memaklumkan aku seorang guru kurang ajar..............salinan kepada aku tak diberi................dan Pejabat Pelajaran pun tak memanggil ku membela diri............very undemocratic............terus ambil tindakan terhadap ku...............aku diberi memo pertukaran ke sebuah sekolah tempat membuang guru2 samseng (?) konon , tempat tak dak sapa nak pi.........tempat jin tendang........di situ juga ialah tempat guru2 yang memain politik PAS............itulah keadaan di masa itu............Kekadang mereka dibuang ke lain negeri......di tukar ke Johor ataupun Pahang.............atau ke Langkawi.
Aku ambil sikap bertenang..................aku membuat strategi di atas tindakan mereka.................tak dak siapa pun sudi membela aku....itu sudah pasti.............cuma yang boleh diharap ialah PGMK (Persatuan Guru2 Melayu Kedah)............PGMK dah kenai aku , sebagai salah seorang sponsor mereka dalam kuliah tertulis yang aku baru tammat.................di masa itu PGMK ada suara keramatnya.............banyak berjuang atas nasib guru2 Melayu dan guru2 rakyat...........aku akan melaporkan ke PGMK dan meminta pihak persatuan berjuang di atas keinayaan terhadap ku....................kedua yang aku berharap ialah UMNO, kerana di masa itu aku ahli umno................ketiganya aku akan terus ke Kementerian Pelajaran di Kuala Lumpur, kalau masih juga gagal.....................kalau semuanya gagal aku akan letakkan jawatan dan akan bersama dengan sahabat Jihaty Abadi di Kuala Lumpur , walaupun aku tak suka dengan kehidupan di Bandar Raya.....................selanjutnya aku pikir kalau ada duit aku akan ambil peguam menyaman pihak tertentu dan tuntut ganti-rugi.
PGMK sambut rayuan ku dan mereka sendiri berurus dengan pihak atasan di Alor Setar..................apa ceritanya yang berlaku aku tak tahu, cuma aku maklumkan maklumat ke pihak persatuan dengan buktinya sekali..................akhirnya aku di jemput ke Pejabat Pelajaran Negeri di Alor Setar.............cuma seorang saja pegawai yang melayan ku................mungkin pegawai2 yang lain dah tak mau dengar kes aku ini..............aku pendekkan ceritanya..............pegawai tersebut bertanya aku mengapa aku tumbuk gurubesar...........aku jelaskan padanya yang aku tumbuk ialah meja gurubesar,cermin dipermukaan meja mungkin pecah.......kalau saya tumbuk mukanya ,mungkin mukanya juga pecah................dia tak buat laporan polis , kerana tiada tanda lebam di mukanya..................pendekkan cerita lagi................akhirnya aku di arahkan kembali semula di sekolah lama............pihak pejabat tiada memberi tanda hitam putih di atas pembatalan pertukaran aku..............cuma aku di suruh balik semula dan bertugas seperti biasa.......................alhamdulillah , mudahnya Allah selesaikan masaalah ku...................
Di masa kemelut ini berlaku yang ku sedihnya , mungkin pahala kepada ibubapaku tak sampai kepada mereka berdua..............dan aku berdoa supaya ketepikan segala dosa2 kalau lah ada.

BAB 41 DARI MEMOIRKU......AKU BUKAN SEORANG GURU



BAB 41....MEMOIRKU
AKU BUKAN CIKGU
(hakcipta nginapsrengenge)
--------------------------------------------
FLASHBACK
Satu flashback daripada kurang ajar ku terhadap majikan tempohari..............seminggu sebelum itu kawan Jihaty Abadi sekali lagi datang menjengah ku...........sebulan dua bulan Jihaty akan pulang ke kampungnya di Titi Gajah , sekaligus dia akan ke Banggol Derdap , kot kot dia boleh bertemu kawan sasteranya cikgu Shahnon Ahmad..................kali ini dia datang untuk memberi tahniah padaku kerana berjaya mempertahankan skripsi ku ...............aku rahasiakan kejayaan ku seperti saudaraku Abdul Halim R...........R nya juga satu rahasia........
Jihaty memberi jalan supaya aku letak jawatan dan pergi bekerja bersamanya di Kuala Lumpur...........(masa tu belum lagi berlaku peperangan antara aku dengan gurubesar ku).......masih ada lagi kekosongan jawatan guru bahasa di UM...........dia boleh membuat sokongan untuk aku bekerja...........kerjanya lebih mudah dari guru sekolah.............dia sekarang mengajar bahasa Melayu kepada pensyarah2 luar-negera............semasa tu juga dia ada rancangan nak berkongsi bersama aku dalam pakej jamuan dan kenduri...........dah bermula di KL dan keuntungannya memada'i .............gaji guru masa tu kecil saja , dan nak dapat seketul taik pun susah...............aku tak dak masaalah pasai gaji................keperluan ku tak banyak , cuma sedikit untuk ibubapa ku............adik2 bersekolah tak ada..............basikal ku tak guna minyak...........dan minyak pun masih murah...............nasik lemak anak dara pun masih sekupang sebungkus.............aku tak merokok dan berjudi..........tak pernah tikam ekor...............aku tak minum minuman keras ,seperti kebanyakan orang yang berpangkat pegawai dan orang2 besar..............duit lebihan aku simpan di pejabat pos..............belum ada bank di tempat2 kecil..........aku joli juga............kekadang pi Penang ,makan nasi beriani SM Dawood..........tengok wayang gambar koboi..............buat seluar segera di Chulia Street...........2 jam boleh siap..................beli baju baru kat Pitchay Ghany di Penang Road..........balik kat Gurun makan rojak sotong Ah Kow dan semangkok ais kacang SM Majid...........kalau masih lapar makan laksa Pakchik Hamid.................tambang bas murah , naik bas ekspress dari Gurun ke Mitchell Peir ( Bagan waktu tu ) cuma seringgit dua kupang.
Aku tak menolak perlawaan Jihaty..............aku nak pikir dulu dan dalam hati ku, aku tak berminat bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur.................aku gemar bekerja di kampung..............kerenahnya tak banyak..................

Wednesday, March 25, 2020

DARI MEMOIR KU





BAB 39
AKU BUKAN CIKGU (MEMOIR KU)
(hakcipta nginapsrengenge)
Setiap cuti penggal pertama dan ketiga aku ke Kuala Lumpur ........selalunya berada di sana selama seminggu , atas urusan pengajian ku..............penggal pertama untuk ujian bertulis dan di penggal ketiga untuk tutorial bersama dengan para dosen dari Indonesia..............kekadang para sasterawan Indonesia juga turut berkumpul bersama kami untuk memajukan ilmu............lebih kurang 500 orang guru2 Melayu dari Malaysia ,Brunei dan Singapura mengikuti kuliah tertulis ini................dosen2 dari Indonesia hidup simple............tapi ilmu mereka aku kagum...........Salah seorangnya Bapak Dr HB Jassin seorang tokoh sasterawan moden bertaraf antarabangsa boleh menguasai Belanda,Inggeris, Arab dan berbagai dialek Jawa .Al-Quran terjemahannya Dalam Bentuk Puisi mengkagumkan.Mengikut Pak HB Jassin,al-Quran ialah sebuah nukilan puisi yang tertinggi nilainya ...........beliau juga seorang pemeriksa luar untuk USM dan beberapa universiti di Amerika.............
Aku sudah tertarik dengan ilmu sastera............dulu belajar sikit English Literature semasa di sekolah..........sedikit pasal poems dan teks Shakespeare dan pengarang2 lainnya...........tak termasuk teori2 sastera..................sastera ialah penjelmaan kemanusiaan.......hati nurani manusia boleh digali dalam karya sastera..................sastera itu seni dan bahasa itu indah.
Sahabat ku Jihaty Abadi siswa sulung dalam kuliah ini baru lulus ujian bertulis dan ujian lisan dalam kuliah Sarjana Sastera.........dia terus ditawarkan sebagai Guru Bahasa ,di Pusat Bahasa ,Universiti Malaya ................Musa bin ........(?) pula mendapat tempat sebagai penolong pensyarah di Fakulti Pendidikan,juga di Universiti Malaya...............alhamdullillah
Aku dan sahabat karibku kini Datuk
Abdul Halim R
masih merangkak ke arah pencapaian tersebut............in syaa Allah ...........semua ini menyekat pikiran ku untuk berbini..........yang paling sukar bagiku ialah membuat sebuah kajian ilmiah yang diistilahkan di Indonesia sebagai kajian Skripsi................aku mendekati bapak Prof Dr HB Jassin yang menjadi sponsor Skripsi ku ,memaklumkan bahawa aku ingin mengkaji Persoalan Humanisma Dalam Trend Cerpen Di Malaysia..........beliau luluskan permohonan ku.............
Alhamdulillah aku dapat siapkan dalam masa setahun diatas pertolongan kawan2 ku: Ahmad Din ,Muhammad Zakaria dan Supardi Muradi,bekas pensyarah di USM dan di waktu itu sedang menyiapkan studinya PhD di Minnesota University , Milwaukee.......terimakasih kepada mereka berempat........aku cuma menunggu masa untuk diuji secara lisan di depan 4 orang ahli Panel................Prof Dr JS Badudu , Drs Goenawan Mohamad ,Prof Drs Ghazali Dunia ( termasuk sponsor ku Prof Dr HB Jassin)...............

Tuesday, March 24, 2020

ME AND MRS



Me and wife at a younger age
Nampaklah muda sikit
Pohon Allah lindungilah kami
Lindungilah kami dari fitnah Dajjal
Sekarang sudah masuk era Mulkan Jabariah
Di era inilah tanda2 besar kiamat akan bermula
Tanda2 kecil yang ada cuma untuk memenuhi ruang
Ruangnya cuma tinggal sikit saja
Bersedialah kukuhkan iman
Banyakkan amalan
Beristagfar
Bertaubat
Bersedakah
Dan bebagai lagi cara beribadat etc etc etc
Sulhishapian Dikjat dan Zarina Hashim
1 Komen

KITA DI ERA AKHIR ZAMAN



*BERSIAP-SEDIA UNTUK PERISTIWA YANG LEBIH BESAR. ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?*
Sekarang ramai yang khuatir tentang situasi yang melanda. Tapi sebenarnya ia adalah satu peringatan untuk kita menghadapi hari yang lebih sukar.
Suatu hari nanti ketika makanan sudah semakin kurang maka yang perlu kita simpan adalah buah kurma. Ia adalah makanan yang tahan lama dan mempunyai zat yang tinggi untuk keperluan tubuh badan.
Dalam keadaan sekarang orang yang paling lega adalah orang yang paling tiada hutang atau yang paling kecil hutangnya. Tidak perlu fikir untuk bayar hutang, yang ada hanya hidup untuk survive.
Jika keadaan telah kembali pulih, jangan kita leka.. terus buat persiapan untuk menghadapi hari-hari yang lebih berat..
Apa itu hari yang lebih berat?
Hari di mana kemunculan Imam Mahdi, setiap lelaki akil baligh di wajibkan berperang, kerana ketika itu akan berlakunya perang dunia yang sangat besar. Berdosa besarlah kepada mereka yang tidak Ikut berperang sedangkan mereka dalam keadaan yang mampu.
Dan ujian yang paling besar adalah ketika keluarnya Dajjal. Dajjal yang mengawal hujan dan makanan (Dengan izin Allah), sehingga orang-orang beriman bertahan tanpa makan. Bertahan hanya dengan zikrullah..
Apa yang dinyatakan dalam hadis tentang peristiwa akhir zaman telah banyak yang dizahirkan, termasuklah tentang penularan wabak dan kematian mengejut.
Perasan tak?
Selama ini kita hanya lihat di TV tentang nasib malang yang menerima negara lain seperti peperangan, kehilangan sumber makanan dan kehilangan tempat tinggal..
Dan kini giliran negara kita pula diuji (Dengan penularan wabak yang tak pernah berlaku sebelum ini). Ia bermaksud, sebagaimana ujian yang menimpa negara lain, sebenarnya negara kita juga tak terkecuali.
Tak terbayang bagaimana jika Allah menguji kita seperti syria dan palestin. Tiada makanan, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, wang ringgit juga tak bernilai lagi.. yang kita inginkan hanya keselamatan.
.
Suatu perkara yang tak pernah berlaku, biasanya kita rasa mustahil untuk berlaku, betul?
Suatu perkara yang kita rasa seolah-olah mustahil, kini telah berlaku ke dalam negara kita. Begitu juga, ada banyak lagi perkara yang kita rasa mustahil yang Allah akan datangkan satu per satu di hadapan mata kita.
Janganlah kita jadi orang yang tergamam, tetapi jadilah orang yang sentiasa bersedia.
Jangan kita terus leka dan terbuai. Jangan mengingati Allah hanya ketika waktu sukar, tetapi apa yang Allah kehendaki adalah kita sentiasa taat dan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.
.
Adakah keadaan akan pulih?
InsyaAllah keadaan akan pulih, percayalah. Namun bersiap sedialah untuk hari-hari mendatang yang akan jauh lebih sukar lagi.
Allah dahulukan dengan sedikit ujian agar kita sedar dan tidak leka. Manfaatkan masa yang ada untuk bertaubat, bermuhasabah, perbaiki diri dan amalan.
Bersiap sedialah dari segi iman, amal, fizikal dan mental. Kurangkan hutang sebanyak mungkin agar kita lebih bersedia untuk menghadapi gelombang ujian yang seterusnya.
Semoga Allah sentiasa membantu kita menjadi hamba yang hampir kepadaNya.
Adakah anda berjaya baca sehingga habis? Mohon sebarkan, kasihan saudara-saudara kita yang masih leka..

SHAFIE SAAD

CORONAVIRUS-19 ...RINTIHAN DARI FRONTLINE ARMY


BIAR SEMUA HATI TERSENTUH
"Sepucuk Surat Doktor dari Barisan Depan yang Ditujukan Kepada Seluruh Masyarakat"
Bagi yang ada di grup agar segera disebarkan,
Supaya semua orang tahu!
"Saya adalah seorang doktor barisan depan melawan wabak Corona.
Sejak timbulnya wabak, kami semua tenaga perubatan menghadapinya ibarat peperangan tanpa asap senapang, dan tanpa ragu kami bekerjasama ke dalam medan perang pertahanan melawan wabak.
Kami menganggap diri kami adalah parajurit, yang berkewajiban maju ke depan, dengan darah dan daging melawan wabak penyakit, merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.
Namun sebenarnya kami juga hanyalah manusia dan bukan malaikat.
Di kawasan quarantin penyakit yang paling berbahaya, pakaian pelindung yang kami pakai harus betul-betul sangat tebal dan ketat, dengan demikian baru dapat menjamin keselamatan hidup kami:
Masker harus pakai 2 lapis, Pembungkus Sepatu (shoe cover) pakai 2 lapisSarung tangan pakai 5 lapis, di bagian luar kaca mata pelindung masih harus pasang masker pelindung.
Setiap 5 jam sebagai 1 shift. Setelah memakai pakaian pelindung, kami tidak bisa makan, minum atau ke toilet.
Dengan mengenakan pakaian pelindung yang rapat tidak tembus udara dan kaca mata pelindung, seluruh pasukan bekerja keras dalam perjuangan, semua orang merasakan gerakan fizikal yang amat terbatas.
Ketika kami melepaskan pakaian pelindung, pakaian di dalam kami basah kuyub seluruhnya. Pada muka kami juga timbul garis-garis cengkaman bekas kaca mata pelindung.
Ada doktor yang sudah teramat lemah, badannya sudah hampir tenat, setelah masuk bilik istirehat dan minum seteguk air, kena kembali masuk ke kawasan quarantin untuk terus bekerja.
Ada juga doktor yang jari tangannya terluka, setelah dibungkus rapat dengan pelindung plastik kembali ke tempat berjuang di barisan depan.
Kami juga punya orang tua, kami juga punya anak dan keluarga.
Kami tidak memikirkan keselamatan diri kami, tidak memikirkan apakah diri sendiri hidup atau mati, demi merebut nyawa manusia dari malaikat maut, semuanya adalah agar dapat memenangkan peperangan Corona ini. Supaya keluarga kita, dan saudara semua dapat melepaskan masker dan menikmati udara segar!
Kawan Kawan semua, mohon kalian bekerja sama dengan negara, bekerja sama dengan kami, dengan ada kesedaran sendiri untuk terus mengasingkan diri, jangan keluar rumah dan melakukan pembatasan diri... yang tentu tidak menyenangkan, bolehkah?
Sehingga kita dapat seiras terhadap pengorbanan para tenaga perubatan. Jangan sia-siakan air mata kami.
Kamu pikir keluar rumah sebentar tidak masalah, dia juga pikir keluar rumah sebentar tidak masalah.
Esok semua orang akan keluar rumah semua, maka peperangan Corona ini akan mengalami kemunduran ke belakang lagi.
Bila satu orang, dua orang, tiga orang .... hanya memikirkan dan mementingkan kesenangan diri sendiri, maka semua perjuangan sebelumnya dalam peperangan Corona ini akan menjadi sia-sia.
Oleh sebab itu,
Maka mohon semuanya agar bisa bekerja sama, untuk tidak keluar rumah!
Jagalah fikiran dan perasaan dengan baik.
Rumah yang menurut kalian adalah tempat yang membosankan, bagi kami para tenaga perubatan dan petugas yang berjuang di barisan depan melawan wabak, adalah tempat yang kami ingin pulang pun tidak bisa pulang.
Masa yang mencabar ini apakah dapat segera bertindak, tidak hanya tergantung pada para tenaga perubatan melainkan juga MELIBATKAN KERJASAMA kita setiap orang.
Asalkan kita semua tidak keluar rumah, maka kita bisa memusnahkan wabak ini!
Mencegah dan mengendalikan wabak adalah tanggung jawab setiap orang!
Tolong pergunakan waktu sekejap untuk viral ke semua grup anda.
Saat ini virus sedang mengamuk, semua petugas perubatab di barisan depan berusaha mencegah dan mengendalikan wabak, dengan mendahulukan keselamatan orang banyak di atas keselamatan mereka sendiri, maju terus di tengah kesulitan dalam melawan virus.
Terima kasih mereka telah membina pertahanan untuk kebaikan semua orang. Kenapa tidak kita lakukan sesuatu untuk menurunkan beban mereka di hospital? PLEASE ... SEBARKAN KEPRIHATINAN ANDA DAN MINT KAWAN SEMUA JANGAN KELUAR RUMAH SESUKA HATI . Itu pengorbanan yg tidak seberapa tapi sangat bermakna untuk kami.
Ada seberapa grup, bagikanlah ke semua grup tersebut. Supaya semua rakan tahu, hati semua orang bersama mereka, bersama-sama mendukung perjuangan mereka.