BAB 41....MEMOIRKU
AKU BUKAN CIKGU
(hakcipta nginapsrengenge)
--------------------------------------------
FLASHBACK
Satu flashback daripada kurang ajar ku terhadap majikan tempohari..............seminggu sebelum itu kawan Jihaty Abadi sekali lagi datang menjengah ku...........sebulan dua bulan Jihaty akan pulang ke kampungnya di Titi Gajah , sekaligus dia akan ke Banggol Derdap , kot kot dia boleh bertemu kawan sasteranya cikgu Shahnon Ahmad..................kali ini dia datang untuk memberi tahniah padaku kerana berjaya mempertahankan skripsi ku ...............aku rahasiakan kejayaan ku seperti saudaraku Abdul Halim R...........R nya juga satu rahasia........
Jihaty memberi jalan supaya aku letak jawatan dan pergi bekerja bersamanya di Kuala Lumpur...........(masa tu belum lagi berlaku peperangan antara aku dengan gurubesar ku).......masih ada lagi kekosongan jawatan guru bahasa di UM...........dia boleh membuat sokongan untuk aku bekerja...........kerjanya lebih mudah dari guru sekolah.............dia sekarang mengajar bahasa Melayu kepada pensyarah2 luar-negera............semasa tu juga dia ada rancangan nak berkongsi bersama aku dalam pakej jamuan dan kenduri...........dah bermula di KL dan keuntungannya memada'i .............gaji guru masa tu kecil saja , dan nak dapat seketul taik pun susah...............aku tak dak masaalah pasai gaji................keperluan ku tak banyak , cuma sedikit untuk ibubapa ku............adik2 bersekolah tak ada..............basikal ku tak guna minyak...........dan minyak pun masih murah...............nasik lemak anak dara pun masih sekupang sebungkus.............aku tak merokok dan berjudi..........tak pernah tikam ekor...............aku tak minum minuman keras ,seperti kebanyakan orang yang berpangkat pegawai dan orang2 besar..............duit lebihan aku simpan di pejabat pos..............belum ada bank di tempat2 kecil..........aku joli juga............kekadang pi Penang ,makan nasi beriani SM Dawood..........tengok wayang gambar koboi..............buat seluar segera di Chulia Street...........2 jam boleh siap..................beli baju baru kat Pitchay Ghany di Penang Road..........balik kat Gurun makan rojak sotong Ah Kow dan semangkok ais kacang SM Majid...........kalau masih lapar makan laksa Pakchik Hamid.................tambang bas murah , naik bas ekspress dari Gurun ke Mitchell Peir ( Bagan waktu tu ) cuma seringgit dua kupang.
Aku tak menolak perlawaan Jihaty..............aku nak pikir dulu dan dalam hati ku, aku tak berminat bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur.................aku gemar bekerja di kampung..............kerenahnya tak banyak..................
No comments:
Post a Comment