Sunday, March 22, 2020

ARWAH HAJI ABDUL RAZAK HAJI MOHD NOOR




ARWAH HAJI ABDUL RAZAK BIN HAJI MOHD NOOR
Bekas guru yang cukup komited dalam Persatuan Guru2 Melayu Kedah dan Syarikat Guru2 Melayu Kedah............memperjuangkan nasib guru2 rakyat yang tertinggal sehingga sebilangan mereka diterima masok ke maktab latihan , walaupun dah berpuluh tahun bertugas dengan kelayakan sekolah melayu darjah 5................kemudian PGMK bergabung dengan KGMMB berjuang mengupgradekan guru2 Melayu bertaraf ijazah..........dengan kerjasama dengan Universitas Indonesia,Universitas Nasional dan Universitas Padjajaran dllnya.............PGRI ( Persatuan Guru2 Republik Indonesia ) memberi kerjasama dalam mengaturkan rancangan.............program dapat melahirkan graduan2 sastera yang diterima oleh universiti tempatan sebagai pensyarah......antara mereka ialah Drs Jihaty Abadi di UM dan Dr Musa Daia di Fakulti Pendidikan UM........
Sesungguhnya Arwah Cikgu Abdul Razak ,walaupun merupakan AJK tetapi jasa2nya tetap dikenang oleh guru2 Melayu di Kedah.
Pernah menuntut di SAHC , tetapi berenti kerana nak jadi cikgu..........lulus latihan TUOS dan arwah menjadi gurubesar termuda di era sebelum merdeka...........26 tahun dah jadi gurubesar.........sehingga pencen dia masih jadi gurubesar.
Mula bertugas sebagai gurubiasa di Sekolah Melayu Sik
Moga arwah mendapat ganjarannya kerana jasa2nya dalam pendidikan untuk guru dan pelajar.........aamiiinn

No comments: