MEMOIR SEORANG PESARA
LIFE AT ULU SELANGOR
Masa muda dulu Lahuma@Nginap Srengenge berada di Hulu Selangor.Dia sewa sebuah rumah dekat dengan Rawang English School.Dekat dengan factory Malayan Cement cap rimau.dekat dengan rumah seorang benggali memelihara banyak ekor selembu.Setiap hari dia perah susu sapinya.Di sekeliling rumah sewa Lahuma dan rumah benggali itu ialah wetlands.Cukup cantik.Kaya dengan pokok paku-pakis,pokok midin,yang pucuk2nya boleh dibuat sayur dan ulam.Boleh dipetik secara percuma.Lahuma yang banyak memetiknya.Hari2 dia makan ulam free.Pucuk midin boleh di buat masak sayur asam pedas.Campur udang kering dan ubi keledek.Rasanya manis,masam dan pedas hingga menjilat jari.
Semasa Lahuma di KKBaru,rumahnya selepas persimpangan masok ke KKBaru.Juga banyak wetlandsnya.Banyak paku-pakis dan pokok midin.Yang istemewanya di KKBaru ni banyak siput pait di dalam payanya.Boleh buat sayur lemak dimasak dengan buah nenas dan cili padi.Manis tak terhingga ,hingga menjilat jari.Kalau nak berendam pi saja ke Batang Kali.Cukup enak berendam dalam sungai yang cantik dan bersih.Kalau nak tengok kampong melayu pi saja ke Sungai Choh.Kampungnya cantik dan bersih.Anak dara pun banyak.Lahuma tak terikat dengan mana2 anak2 dara di situ.Masa tu Lahuma terpikat kat Volkswagen Beetle.Ada seorang gadis genit bertugas bersama Lahuma, tapi Lahuma lebih tertarik pada VW Beetle.Jodohnya pada Jeha dah terikat sejak azali.Kat Ulu Yam Lahuma tak kenal sesapa .Cuma lalu-lalang saja.
Bandar Rasa banyak orang china.Begitu juga Bandar Kerling.Lahuma ada juga kenalan kat Kelompang.Tapi dah lupa mereka semua.Mungkin dah tak ada mereka2 tu….alfatihah.
Sampai ke penghujung Hulu Selangor ialah Bandar Ulu Bernam.Ulu Bernam tumpang hidupnya dengan adanya Tanjung Malim.Kerana adanya SITC.Yang memisahkan dua Bandar itu ialah Sungai Bernam.Kalau lapang Lahuma akan melepak di atas jambatan,macam budak2 sekarang juga.Banyak ceritanya di Ulu Bernam,tapi biarlah ia tersimpan dalam nostalgia diri.Kini kalau pi KL,jiwa ku akan pulih bila melangkahi Tan jung Malim hinggalah ke Rawang.Aku akan menghidu aroma lama yang masih terlayang2 di udaranya.
No comments:
Post a Comment