BAB 35
AKU BUKAN CIKGU
(hakcipta nginapsrengenge)
Sekarang Mezah dah beranak 2.............bila balik nanti bercadang nak ajak Mezah pergi menggetah burung mandi.............dah 2 tahun juga aku tak menjinak dengan gunung-ganang bukit-bukau..............nanti bila sekolah dibuka entah kemana aku akan dihantar.............mungkin tak kepulau......dan aku tak suka ke pulau,kerana aku takut pada laut.............aku cuma berani di darat..............pasai tu berminat dengan tentera darat...............tapi cita2 tu akan tinggal sebagai kenangan...........
Peristiwa pertunjukan silat di hari kawin Mezah aku belum cerita lagi...........walaupun dah 2 tahun berlalu ,tetapi cukup menarik diceritakan............
Aku bermula di sini :..........Selesai selirah gendang silat pun mula dipalu.Kanak2 berlari-larian menuju ke tapak silat.Yang tertidor di bawah pokok rambutan turut terbangun sambil melihat kawan2nya sudah berada mengelilingi kumpulan silat dari Teloi di bawah pimpinan mahaguru mereka Pak Da Soh. Lagu inai di jari dipermainkan dengan cukup indah.Ia menandakan bahawa sekejap lagi akan bermula pertunjukan dengan beberapa pasangan bertarung mengikut rentak yang telah ditetapkan.
Gendang anak ditingkah-tingkah dengan kayu pemukulnya sambil tangan menepok2 permukaan gendang yang sebelah lagi.Di sambut pula dengan kencang paluan gendang ibu dengan belasahan di permukaan kecilnya,merancakkan lagi suasana.Serunai beriring dengan tiupan mengikut tingkah2 pada gendang ibu.Gong pula di palu mengikut rentetan lagu secara selang-seli,turut kehendak irama yang seimbang.Suasana yang rancak ini boleh saja menggedikkan kaki sesiapa saja.Boleh dilihat masing2 tergedik kaki secara sepontan kerana begitu asyik dengan persembahannya.
Lepas sepasang,sepasang menari2,melompat2,tumbok-menumbok mengikut nada lagu yang dipersembahkan.Lagu2 'Permaisuri Kasih' , 'Juang Pahlawan' , Ayam Didik' dan "Malam Pertama" cukup memuaskan hati penonton.Beberapa lagi tarian silat dipertontonkan dengan para silat menunjukkan kebolehan masing2.Terkodek2 jari sambil menggeleng2kan kepala dan di henjak2kan tumit ketanah menunjukkan kesungguhan mereka dalam persembahan silat.
'Sambung lagi,sambung lagi', menjerit kanak2 yang masih tak puas menikmati keindahan lagu dan persembahan tarian oleh pendekar2 dari Teloi.Janda2 dan anak2 gadis penoh sesak di atas jemboran.Mereka dapat melihat dengan lebih jelas berada di atas jemboran.Tersipu-sipu senyum bila terlihat ada2 saja budak jeredong melihat mereka.Dan ada yang mengambil kesempatan ini untuk memikat.Dunia pada mereka cukup luas dan cukup menakjubkan.Janda2 idaman juga akan mengusik hati sesiapa saja.Tersenyum2 sesama yang dikenali ,dan ini akan membawa makna tersendiri dan tiada sesiapa yang dapat menekanya.
Dalam rioh-rendah temasya silat dengan tiba2 Saad Cik Wan dan Useng Tanjong Setar di heret masuk ke gelanggang. Bersorak2 yang tua dan yang muda bila mereka berdua dipaksa bersilat.Mula enggan mereka tapi akhirnya diatas permintaan ramai mereka bersetuju.Saad Cik Wan mengemas2kan pakaiannya dan kain selendangnya diikat di pinggangnya.Useng pula mula mengikatkan tengkolok kain hitamnya di kepala.Pak Da Soh menghulurkan beberapa piak sireh-pinang kepada Useng dan Saad Cik Wan.Sambil mengunyah2kan sireh-pinang , masing2 memulakan persembahan pembukaan.Mereka akan menarikan tarian mengikut rentak lagu 'Abu Nawas'.Ia adalah satu tarian lucu yang akan ditarikan oleh Useng dan Saad Cik Wan.Suasana menjadi rioh-rendah gamatnya melihat telatah tarian yang di bawa oleh kedua2 tokoh ini.Saad mengacah2 Useng supaya menyerangnya,dan Useng pula menunjukkan bahawa tumbukannya boleh merobekkan hidong Saad.Saad beberapa kali menyerang Useng,tapi Useng dapat menangkisnya.Bila Useng menyerang ,Saad dengan selamba mengorakkan langkah songsangnya.Useng menggeleng2kan kepalanya.Saad mengajak Useng mendekatinya,sambil menuding jari menyuroh Useng menyepak kemaluannya.Suara rioh sorak sorai sudah tidak terhingga lagi.Tersipu2 janda diatas jemboran melihat telatah kedua badut tua ini.Berdekah ketawa Debasa melihat Saad dengan telatah2 lucunya.Ternganga luas mulutnya sehingga jelas kelihatan gigi rompongnya.Suid seperti biasa dengan hingusan meleleh keluar masuknya.Lega hatinya melihat idola kesayangannya Saad Cik Wan menunjukkan telatah2nya yang luar biasa.Dah lama kedua badut tua ini menari,masing2 mengangkat tangan sembah pada para hadirin mohon berhenti.
No comments:
Post a Comment