RIOH-RENDAH ....GEMBIRANYA TANGKAP IKAN
SE SEGMEN DARI NOVEL BERANGKAI
(usahasama nginapsrengenge @pak itam cawan dan Dr Wan Azmi Ariffin)
(usahasama nginapsrengenge @pak itam cawan dan Dr Wan Azmi Ariffin)
belum segala2nya ( dicetak diterbit dikumpul)
Jenoh sungguh ikan yang mereka tangkap.Keli ,haruan ,sisik,becat,si'a,belut dan yang menyodok mendapat banyak anak kemeras.Anak kemeras sedap dibakar dengan nyior kukur dan dibungkus pula dengan daun kunyit.Buanya cukup harum dan harumannya boleh menusuk masok kesegenap lubang- lubang hidong ,bila ditiup oleh angin.
Hari itu mereka masing2 makan besar.Ikan keli sekali-sekala kalau dibuat gulai dengan ubi keling boleh membelasah seperiok nasi.Gulainya perlu dimasukkan daun limau purut untuk membukakan selera.Makan nasi lebih berselera lagi kalau hujan turun lebat di waktu makan.
Hari itu mereka masing2 makan besar.Ikan keli sekali-sekala kalau dibuat gulai dengan ubi keling boleh membelasah seperiok nasi.Gulainya perlu dimasukkan daun limau purut untuk membukakan selera.Makan nasi lebih berselera lagi kalau hujan turun lebat di waktu makan.
Masing2 rioh-rendah menuju ke sungai menyucikan badan sambil menyiangkan ikan2 yang mereka tangkap,kecuali keli dan haruan.Keli dan haruan dicelop dalam air buat sementara sebelom mereka pulang.Yang pompuan mandi di pengkalan bahagian bawah dan yang lelaki di bahagian atas .Memang aturcaranya begitu . Jarang2 pompuan pergi mandi bahagian atas. Selepas siap berselerah masing2 pulang ke rumah .
Suid duduk bertenggek di atas perdu buruk di tepi telaga,memerhati mereka berderet2 pulang. Rugi juga dia tak ikut bersama.Kalau dia pergi sudah tentu dia akan memungut anak2 udang bendang untuk emaknya membuat kerabu mentah bersama pucuk ketereh . Di campor dengan garam,belacan,hirisan daun2 pucuk cenohong dan ketereh dan di perah pula asam kerat lentang. Cukup mengiorkan.Suid berazam akan turun petang nanti kerana masih banyak lagi yang tak keluar kerana masih lagi menyusup2 di dalam rumput tebal. Kalau ada rezeki dia akan bahagikan dengan Lebai Che Nik.Suid akan membalas budi Lebai Che Nik kerana sudah dua pagi dia mendapat habuan susu kerbau Lebai Che Nik.Suid lebih beruntung kerana dia berjiran dengan Lebai Che Nik.
No comments:
Post a Comment