Tuesday, March 24, 2020

KITA DI ERA AKHIR ZAMAN



*BERSIAP-SEDIA UNTUK PERISTIWA YANG LEBIH BESAR. ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?*
Sekarang ramai yang khuatir tentang situasi yang melanda. Tapi sebenarnya ia adalah satu peringatan untuk kita menghadapi hari yang lebih sukar.
Suatu hari nanti ketika makanan sudah semakin kurang maka yang perlu kita simpan adalah buah kurma. Ia adalah makanan yang tahan lama dan mempunyai zat yang tinggi untuk keperluan tubuh badan.
Dalam keadaan sekarang orang yang paling lega adalah orang yang paling tiada hutang atau yang paling kecil hutangnya. Tidak perlu fikir untuk bayar hutang, yang ada hanya hidup untuk survive.
Jika keadaan telah kembali pulih, jangan kita leka.. terus buat persiapan untuk menghadapi hari-hari yang lebih berat..
Apa itu hari yang lebih berat?
Hari di mana kemunculan Imam Mahdi, setiap lelaki akil baligh di wajibkan berperang, kerana ketika itu akan berlakunya perang dunia yang sangat besar. Berdosa besarlah kepada mereka yang tidak Ikut berperang sedangkan mereka dalam keadaan yang mampu.
Dan ujian yang paling besar adalah ketika keluarnya Dajjal. Dajjal yang mengawal hujan dan makanan (Dengan izin Allah), sehingga orang-orang beriman bertahan tanpa makan. Bertahan hanya dengan zikrullah..
Apa yang dinyatakan dalam hadis tentang peristiwa akhir zaman telah banyak yang dizahirkan, termasuklah tentang penularan wabak dan kematian mengejut.
Perasan tak?
Selama ini kita hanya lihat di TV tentang nasib malang yang menerima negara lain seperti peperangan, kehilangan sumber makanan dan kehilangan tempat tinggal..
Dan kini giliran negara kita pula diuji (Dengan penularan wabak yang tak pernah berlaku sebelum ini). Ia bermaksud, sebagaimana ujian yang menimpa negara lain, sebenarnya negara kita juga tak terkecuali.
Tak terbayang bagaimana jika Allah menguji kita seperti syria dan palestin. Tiada makanan, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, wang ringgit juga tak bernilai lagi.. yang kita inginkan hanya keselamatan.
.
Suatu perkara yang tak pernah berlaku, biasanya kita rasa mustahil untuk berlaku, betul?
Suatu perkara yang kita rasa seolah-olah mustahil, kini telah berlaku ke dalam negara kita. Begitu juga, ada banyak lagi perkara yang kita rasa mustahil yang Allah akan datangkan satu per satu di hadapan mata kita.
Janganlah kita jadi orang yang tergamam, tetapi jadilah orang yang sentiasa bersedia.
Jangan kita terus leka dan terbuai. Jangan mengingati Allah hanya ketika waktu sukar, tetapi apa yang Allah kehendaki adalah kita sentiasa taat dan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.
.
Adakah keadaan akan pulih?
InsyaAllah keadaan akan pulih, percayalah. Namun bersiap sedialah untuk hari-hari mendatang yang akan jauh lebih sukar lagi.
Allah dahulukan dengan sedikit ujian agar kita sedar dan tidak leka. Manfaatkan masa yang ada untuk bertaubat, bermuhasabah, perbaiki diri dan amalan.
Bersiap sedialah dari segi iman, amal, fizikal dan mental. Kurangkan hutang sebanyak mungkin agar kita lebih bersedia untuk menghadapi gelombang ujian yang seterusnya.
Semoga Allah sentiasa membantu kita menjadi hamba yang hampir kepadaNya.
Adakah anda berjaya baca sehingga habis? Mohon sebarkan, kasihan saudara-saudara kita yang masih leka..

SHAFIE SAAD

No comments: