SEGMEN DARI NOVEL BERANGKAI (usahasama nginapsrengenge @ pak itam cawan dan Dr Wan Azmi Ariffin )
belum dicetak diterbit dan belum diapa2kan
belum dicetak diterbit dan belum diapa2kan
Murai berkicauan,melompat dari satu ranting ke ranting yang lain.Mencari makan,mencari ulat,mencari unggas,semut sambil menghisap air embun yang terkumpul di daun.Mencari rezeki yang telah tersedia dan disediakan Allah.Rezeki yang telah ditentukan sejak azalli lagi.Murai terbang laju untuk melindungi dirinya apabila dari nalurinya ia dapati ada sewah yang sedang memerangkapkan mangsanya.Sewah terserempak dengan kehadiran Lebai Che Nik.Dia terkejut besar apabila Lebai CheNik dengan tiba2 muncul.Dia teruskan terbang jauh ke Bukit Srengenge .Murai berkicau lagi kerana terselamat dari gangguan sewah.
Lebai Che Nik terus ke tangga rumah Makseng,mengambil cebok bertangkai rotan sebesar ibu jarinya.Dia mencedok air dalam pasu besar lalu membasuh kakinya.Dikilir2kan kedua belah kakinya sambil air dari cebok di jurus berdikit-dikit.Dikilir atas-bawah,kiri-kanan,jejari kaki kiri dengan jejari kaki kanan,tumit kaki kanan dengan tumit kaki kiri.Dua ,tiga cedokan dibuat seterusnya untuk membilas semua jejari dan keseluruhan kakinya.Kemudian dengan ucapan bismillah dia terus melangkah naik tangga bermula dengan kaki kanannya.Lepas satu , satu anak tangga di langkahinya,sambil tangan kanannya bergayut pada kayu pemegang-tangga,yang diikat kemas2 dengan rotan mata-rusa dari atas dan bawahnya dekat penumangnya.
Assalamualaikom,
Semua diatas rumah menjawab salamnya.
Assalamualaikom,
Semua diatas rumah menjawab salamnya.
Makseng mempersilakan Lebai Che Nik sambil menghulurkan kedua tangannya bersalaman.Lepas itu datang lagi beberapa orang tua2 di kampong Banggol derdap.Pak Senik dan Imam Hamad dah lama sampai menunggu ketibaan Lebai Che Nik.
-Semua dah siap ?-menyapa Lebai Che Nik.
-Kalau siap bawa keluar kat sini , sekali dengan budak2 tu-ujarnya menyambong.
-Kalau siap bawa keluar kat sini , sekali dengan budak2 tu-ujarnya menyambong.
Lebai memulakan upacara dengan berkumat-kamit membaca dan bersalawat kepada Nabi s.a.w. Kemudian didalam sebuah piring terdapat limpahan madu lebah dan sebentuk cincin emas.Sambil berkumat-kamit Lebai che Nik menggunakan jari telunjuknya memusing-musing cincin emas di dalam manisan madu.Selepas tujuh kali memusingnya,dipegangnya cincin emas yang bersalut manisan madu itu,didekati nya ke bibir mulut kedua2 anak kecil.Kedua2 anak kecil itu juga berkumat-kamit menghisap madi yang tercecah ke bibir mereka.Selesai sudah upacara tersebut,Imam Hamad di suruh berdoa.Semua yang hadir mengaminkan doa.
Selepas doa dibaca sekali lagi Lebai Che nik beristigfar dan membaca ayat kursi.Kemudian diseru pada semua yang hadir membaca Fatihah untuk disedekahkan kepada Rasulullah.
Kemudian dia mengumumkan nama yang dipilih untuk kedua anak kecil itu.Yang sulungnya diberi nama Latifah dan Norhayati untuk si adiknya. Upacara disudahi dengan doa penutup,dibaca sendiri oleh Lebai Che Nik.
Selepas doa dibaca sekali lagi Lebai Che nik beristigfar dan membaca ayat kursi.Kemudian diseru pada semua yang hadir membaca Fatihah untuk disedekahkan kepada Rasulullah.
Kemudian dia mengumumkan nama yang dipilih untuk kedua anak kecil itu.Yang sulungnya diberi nama Latifah dan Norhayati untuk si adiknya. Upacara disudahi dengan doa penutup,dibaca sendiri oleh Lebai Che Nik.
Selepas itu hadirin dijamu dengan pulut tanak,isi nyior yang dikukur dan juga berlauk ikan budu goreng. Dengan air kopi panas membuatkan nafsu cukup berselera.Habis makan masing2 memohon diri.Ada yang nak kehutan,nak mengerat rumput kerbau dan lembu,nak kebendang untuk mengeringkan air kerana padi2 mereka dah mula menguning.Dan selepas kenduri rumah Tok Imam mereka semua akan turun ke bendang mengetam padi pula.
Lepas seorang,seorang turun menghayunkan langkah ke arah masing2.Yang bawa bini.masing2 diikuti oleh bini mereka.Terconget2 si bini mengikut jejak langkah si suami.
No comments:
Post a Comment