Saturday, April 30, 2011

RUKUN NEGARA TERCEMAR


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Hilang segalanya..................hilang sopan,hilang susila,hilang kemanusiaan
Cuma untuk menegak negara porno

Jangan tinggalkan Hadis ini :
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

BILA TERDESAK AJAK PAS SERTAI UMNO




Tun Razak berjaya memasukkan Pas dalam BN
But not oleh anaknya........

Selalunya begitulah
Untuk meneruskan kuasa
Bila orang dah tak caya lagi

PAS JANGAN JADI BODOH
Jangan ditipu buat kedua kalinya

Dengan fitnah yang menjadi2.........no way
Hayatilah hadis ini sekali lagi

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

HAYATILAH HADIS INI


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Friday, April 29, 2011

MATINYA 'SEORANG' IKAN

Kamu bukan bunuh diri......kamu mati bukan jatuh dari bangunan sprm.......mata kamu tak lebam,tak dak sapa menumbuk kamu........
Kesian ikan kaloi merah peliharaan Ikhwan mati hari ni (Jumaat).
Dulu bela 2 ekor.....tapi setiap hari bergadoh....macam umno dengan pakatan.....mca.mic tak kacau pun......aku terpaksa lepas seekor di sungai.
Beratnya 3 kilo 330 gram,panjangnya sehasta tanganku dan umurnya 2 tahun 3 bulan.

Semalam aku beritau Mak Wan,''Roti yang lebih tu simpan untuk kaloi".
Dan semalam juga aku dengaq air kolam berkocak....sangku ku mestinya kaloi menyambar mangsanya.....pagi ni belum sempat diberi roti 'seorang' ikan kaloi dah meninggal.........dia murni,tiada dosa.........dia tak buat fitnah.......dia tak tuduh kekawannya meliwat atau kongkek pelacur........dia belum pun bertaraf datuk ataupun bapak........dia 'seorang' ikan kaloi yang hebat........dia tak bolot makanan ikan2 lainnya.........tak korup,tak makan rasuah.........tak macam manusia2 haprak macam haramjadah.

UCAPAN YANG DICINTAI ALLAH


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أَلَا أُخْبِرُكَ بِأَحَبِّ الْكَلَامِ إِلَى اللَّهِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِأَحَبِّ الْكَلَامِ إِلَى اللَّهِ فَقَالَ إِنَّ أَحَبَّ الْكَلَامِ إِلَى اللَّهِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

(رواه مسلم)

Sabda Rasulullah SAW : “Maukah kukabarkan pada kalian ucapan yang paling dicintai Allah?", ku katakan (Abu Dzar ra) : “Wahai Rasulullah SAW, kabarkan padaku ucapan yang paling dicintai Allah SWT”, bersabda Rasulullah SAW : “Ucapan yang paling dicintai Allah SWT adalah: "Subhanallahi wabihamdih (Maha Suci Allah dan padaNya pujian luhur.” ( Shahih Muslim )


PASAL FITNAH

قَالَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا تَقُومُ السَّاعَةُ، حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ،وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ، وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ، فَيَفِيضَ.

(صحيح البخاري)

Sabda Rasulullah saw : “Tiada akan datang hari kiamat hingga tercabutnya ilmu, dan terjadi banyak gempa, dan waktu terasa bergulir cepat, dan munculnya banyak fitnah, dan banyaknya perkelahian dan pembunuhan, hingga berlimpah pada kalian harta, maka harta ditumpahkan seluas-luasnya” (Shahih Bukhari)


WALLAHUAKLAM




HARAMJADAH SUNGGUH PUAK NI



Sesapa pun kena takut pada azab Allah.
Sapa dia pun kena kenai Allah.
Pemfitnah sebenarnya tak takut dan tak kenai Allah.......nauzubillah

Dah tak makan dengan liwat,dengan video lucah,sekarang buat iklan pula.
Pemfitnah ni haramjadah akhir zaman.

Inikah wawasan 2020
Inikah melayu 2020
Atau inikah haramjadahnya
Inilah zaman melayu dengan ke'malu'annya

Thursday, April 28, 2011

KERISTIAN PUN KECAM VIDEO LUCAH

Ketua Gereja Kecam TV3 Kerana Tayangkan Siri Kedua Klip Video Seks

Petaling Jaya: Seorang pemimpin Gereja Katholik membidas TV3 dengan tindakan mereka menyiar potongan dari video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar IbrahimTV3.

Biskop Paul Tan, yang juga Presiden Konferens Bikop-biskop Katholik Malaysia, mengecam tindakan itu sebagai sesuatu kebiadaban yang tidak boleh dimaafkan.

Semalam, stesyen TV yang ada kaitan dengan kerajaan tersebut telah menyairkan potongan dari apa yang disifatkan bahagian kedua video yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita dikatakan warga China.

“Dari awal lagi, kita melihat satu sikap yang serba membolehkan telah menjadi ciri kepada sikap pihak berkuasa terhadap episod jijik berkenaan,” kata Tan.

“Sekarang sikap itu menjadi lebih biadab: pemaparan bahan yang keji dan buruk dilkakukan di TV awam untuk ditontoni oleh seluruh rakyat lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak.

“Kebiadaban ini tidak boleh dimaafkan dimana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dari untuk menghapuskan ia dari peringkat awal sebagai satu kesilapan yang amat besar.

Tan menggesa pihak berkuasa untuk bertindak tegas dan mengheret mereka yang memiliki dan menayang video seks sebelum “satu kejahatan melahirkan lebih kejahatan lagi selepasnya.”

“Sikap membenarkan tayangan berkenaan, adalah relatifnya merupakan wajah kepada tindakan syaitaniah yang merupakan penyumbang jelas terhadap kerosakan moral yang kita temui di dalam kehidupan.

“Para penjaga undang-undang dan moral (pihak polis) tidak boleh membiarkan penayangan kejahatan yang kurang ajar ini. Mereka perlu bertindak, jika tidak rakyat akan menanggung risikonya,” tegasnya

dipanjangkan dari blog Muslimeen United

PAK TAM

Anak Rumah Gemilang pun nak pi sekolah juga
Tinggal di kampong tak berduit nak ke sekolah
Sekolah pula jauh
Keluarga kais pagi makan malam
Tidoq malam,bangun pagi perut kosong


Pak Tam seorang pemandu yang setia
Bekerja di Rumah Gemilang
Setiap hari persekolahan kerjanya mengangkut anak2 RG kesekolah pi dan balik.
Juga hantaq dan pi ambil anak2 RG semasa cuti

Boleh lihat dia sedang menunggu nak bawa pulang ke RG
Boleh lihat keluarga sedang koyak nyiok muda untuk Pak Tam
Boleh lihat rumah mereka
Tak secantik rumah pemimpin mereka di KL dan dimana saja.
Jamban depa lebih hebat dari rumah ini
Apakan daya,merdeka dah 50 tahun
Kalaupun 100 tahun
Mungkin begini juga
Kita tiada pemimpin
Pemimpin dah pupus macam dinasour

Apa nak dikata,hantu raya,pelesit dan setan menguasai dunia.

UNTUK PENGKAJI SEKS


Sex Melayu

April 28, 2011

Oleh: MSK..............dari Malaysia Times

Sekarang ni tengah hot pasai Video Sex “Anwar Ibrahim”. Dari budak-budak berhingus sampai orang tua bertongkat, semua cerita pasai sex. Dari Imam masjid sampai Professor Universiti, semua cakap pasai sex.

Pasai apa orang Melayu terlalu obses dengan sex?

Kira-kira dua bulan lalu, aku dijemput untuk memberikan ceramah tentang Gen Y di UPM. Tumpuan utama yang diberikan tentang Gen Y ialah masalah sosial yang sedang berlaku. Budak-budak sekolah rendah dah pandai melakukan hubungan sex. Budak sekolah menengah buang anak. Gambaran yang diberikan seolah-olah, Gen Y gila sex. Apakah masalah sex ini hanya berlegar dikalangan Gen Y?

Cuba kita imbau kembali evolusi sex dikalangan orang Melayu.

Selepas Perang Dunia Kedua, orang Melayu hanya mahu berhibur. Ketika orang-orang cina dan India sibuk memperkemaskan diri mereka dalam ekonomi, orang Melayu mahu enjoy. Sekitar 50an, tumpuan utama orang Melayu ialah kahwin dan sex.

Pergaulan terbatas masa tu. Nak jumpa kat mana? Kat kebun getah? Panggung wayang pun tak banyak. Nak dating cukup susah, tapi nak kahwin cukup senang. Tak payah pergi kursus, tak payah ada sijil nikah. Bapak sendiri boleh nikahkan anak. Jangan kata tak ada sex bebas masa tu!! Cuma, ianya diselesaikan dengan perkahwinan. Bila Mak Bapak tengok anak dara depa dah mengandung….bagi kahwin. Selesai.

Terma “tangkap basah” juga popular sejak awal 50an. Sapa yang ditangkap beromen…tak kira dalam semak atau dalam bilik, dipaksa kahwin. Selesai masalah. Seolah-olah perkahwinan adalah penyelesaian kepada masalah sosial dikalangan Generasi GI (mereka yang lahir sebelum perang dan berumur 20an pada tahun 50an) masa tu.

Sex bebas sudah bermula sejak generasi Boomers lagi. Satu peristiwa yang masih aku ingat ialah tentang penyanyi rock ( CENSORED.....IN CAMERA ) ..tak payah kahwin. Tapi masa tu orang tak kisah. Mampuih pi la kat hang.

Generasi sebelum perang memang kuat nafsu sex. Kalau sesorang lelaki atau wanita yang kahwin-cerai-kahwin-cerai 5-6 kali…itu bukan luarbiasa. Lelaki yang kahwin 4, dianggap macho. Ibu yang ada 12 anak dianggap subur. Masa tu bukan ada kondom.

Geng Boomers…nak beli sabun pun mesti beli sabun Lux, sebab sabun tu digunakan oleh Noor Azizah. Papan-papan iklan dipenuhi dengan wanita seksi, sebab pengiklan tau, geng Boomers cepat stim.

Majalah Playboy muncul dalam tahun 1953. Filem-filem porno juga mula bercambah dalam tahun 50an. Itu sebab aku katakan, Revolusi Sex berlaku pada zaman Boomers. Dan sehingga hari ini, skandal-skandal sex sensasi kebanyakannya melibatkan Boomers.

Cuba pergi ke kedai-kedai kopi kat kampung-kampung. Yang paling banyak minum kopi tongkat Ali atau kopi kapal api ialah orang tua!!

Gen X (1960-1978) lain macam pulak. gen X menjadi remaja dipertengahan 70an. Kebanyakannya kaki rock atau disco. Yang pakai selipar gila, rock, yang pakai kasut kulit, gila disco.

Kalau Boomers mengadakan hubungan sex dikebun getah atau sawah padi, Gen X mengadakan hubungan sex di Taman kanak-kanak atau padang bola. Sebelah malam la. Masa tu, konsert rock masih lagi banyak…selesai konsert depa buat projek.

Tapi nafsu sex Gen X sudah berkurangan berbanding Boomers. Gen X lebih suka ganja atau Carlsberg. Gen X lebih suka high dari syok. Kalau dikalangan Boomers, beristeri 3-4 adalah biasa, tapi bila sampai Gen X, paling tinggi pun dua cawangan. Tu pun tengah mati nak pulun.

Bila sampai gen Y, nafsu sex makin berkurangan. Kalau wanita Boomers, umur 14 dah kahwin, tapi wanita Y umur 24 baru keluar universiti. Umur 28-30 baru teringin nak kahwin. Gen Y tak suka buat, tapi depa suka tengok orang lain buat!! Cuba kaji blogger-blogger yang ada kat Malaysia ni. Majoriti daripada mereka adalah mereka yang lahir selepas 1980. Dan cuba baca blog depa…pantang ada cerita sex, terus upload dalam blog.

Orang ni bukak skandal orang tu, orang tu selak kain orang ni. Politik Melayu tak habis-habis dengan sex. Yang buat ialah Boomers, yang dedah ialah Gen-Y.

Yang bising tentang masalah sosial anak muda hari ini ialah Boomers yang kini sedang memimpin negara. Kalau ikut susunan generasi, Gen Y adalah cucu kepada Booomers. Atuk nak cakap pasai masalah cucu? Sedangkan Atuk pun ada banyak masalah!!

Oleh kerana orang Melayu obses sangat dengan sex, maka politik Melayu juga tidak dapat lari dari sex. Pantang ada isu…mesti dikaitkan dengan sex. Itu sebab akhbar the Independent menyifatkan politik Malaysia sebagai “one track mind”. Obses dengan skandal sex.

Top of the charts, “Skandal Anwar Ibrahim”. Lepas satu…satu. Yang tu aku tak berapa kisah sangat…sebab Umno tu Melayu. Tu pasai obses sangat dengan cerita dalam kain orang lain. Kalau nak cerita pa sai skandal seks, pemimpin Umno lagi banyak. Ada yang kena letak jawatan Menteri Besar pun ada. Ada ka patut dengan adik ipar sendiri? Tak dapat benda tu…raba punggung pun jadi sementara hisap cerut.

Kemudia, Ibrahim Ali pun tumpang sekaki. “Bila laki balik, bini kena stop buat kerja-kerja…dan layan laki dulu.” Apa la punya akai?

Tapi yang tu pun aku tak berapa kisah..sebab Perkasa tu pun Melayu.

Nasrudin Tantawi pun kepala seks jugak. Bila orang nak sambut Valentine’s Day, dia pun sibuk nak pasang kaki skodeng untuk memastikan tidak ada sex bebas berlaku. Yang ni pun aku tak berapa kisah sebab Nasrudin Tantawi pun orang Melyu.

Dan yang paling terbaru, ada kem lelaki lembut di Terengganu. kononnya untuk memastikan budak-budak ni tidak terjebak dalam seks sejenis.

Whoit!!! tak-habis-habis dengan seks.

Tapi nak kata apa. Itu lah politik Melayu. Baik Melayu Umno, Melayu PKR atau Melayu Pas. Kalau pasai seks, semua tegak.


"baca dan pikiaq lah yang mana patut padan"......ini kata2 srengenge

KATA DUA TG NIK ABDUL AZIZ KEPADA DUTA BESAR AMERIKA

Gambar: TG Nik Aziz Menerima Kunjungan Hormat Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/221912_10150170290552592_358919387591_7352612_1372668_n.jpg

...."Alhamdulillah, baru selesai mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia. Banyak perkara yang dibincangkan, isu pendidikan, senario politik di Malaysia dan lain-lain. Tidak lupa saya tegaskan pendirian saya terhadap isu Palestin dan rasa tidak puas hati dengan polisi Amerika Syarikat di Palestin. Saya katakan, sepasang selipar pun tidak ada sesiapa yang berhak merampasnya dari tuannya yang asal, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat. Insya-allah, harapan saya mesej ini sampai kepada dunia."

HUKUMAN ALLAH DAH SAMPAI KE AMERIKA


Tahun 2011 tahun bala bagi amerika
Lepas satu satu taufan menyerangnya
Terkini ialah di Sate of Alabama
Tuscaloosa menerima kerugian besar

Taufan mengheret habis apa saja dalam laluannya
Pokok2 di belakang boleh berdiri megah,tapi tempat kediaman manusia dihancur leburnya.....itulah kekuasaan Allah........dosa amerika kepada dunia sangat banyak........mereka mendapat balasan di dunia dan tak kecuali di akhirat nanti.

Astagfirullah

cerita begini lebih dikehendaki dari PORNO

Dunia Hiburan Hipokrit, Bob Lokman Nekad Bersara

Bob Lokman menyerahkan borang keahlian Pas kepada Menteri Besar Kedah, Azizan Abd Razak sempena Himpunan Pemuda Pas di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah pada 19 Februari lalu. - Gambar petikan tvpas.com

PETALING JAYA: Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.

"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya kepada mStar Online, di sini, Rabu.

Gambar kenangan Bob bersama Allahyarham Din Beramboi dan Afdlin Shauki ketika menjadi juri Gelanggang Raja Lawak musim keempat.

Bob yang pernah popular dengan lirik ciptaannya, Issabella nyanyian kumpulan Search memberitahu, dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut walaupun rezekinya sebagai pendakwah tidak semewah berbanding ketika dia menjadi artis dahulu.

Bagaimanapun Bob yang mempunyai masalah penyakit Pankreas itu reda dengan hal itu demi mendapatkan hidayah dan berkat di dunia dan akhirat nanti.

Tambahnya, sejak 19 Februari lalu, dia kini lebih selesa berdakwah dan sekurang-kurangnya memberi ceramah sebanyak tiga kali sehari.

"Sebelum meninggal dunia, lebih baik saya melakukan amal jariah sebanyak yang mungkin. Sekurang-kurangnya, saya tidak mati dalam keadaan yang leka dan melakukan perkara yang sia-sia.

"Sebenarnya industri hiburan kita boleh menjadi lebih elok jika kita ubah sistemnya kerana Islam membenarkan umatnya melakukan apa sahaja tetapi dengan syarat-syarat tertentu," tuturnya.

Kata Bob, sejak bergelar seorang pendakwah, dia jarang bertemu dengan rakan-rakan artisnya melainkan mereka yang mendengar ceramahnya atau bertemu dia di masjid antaranya ialah Cico, Abu Bakar Omar, Wahid Senario, Adam AF dan Ahmad Fedtri Yahya.

NO TO PORNO

SUDAHLA...JANGAN MALUKAN ORANG MELAYU


Jaga maruah diri
Jaga maruah sesapa saja
Jaga maruah bangsa

Habeh kotor
TV pun jadi kotoq
Hebat sangatkah porno tu

Malu lah
Malulah pada anak cucu
Kalaupun tak malu pada Allah

Tengok gambaq tu : bahagian kepala pun ,sapa pun boleh buat keputusan: dalam sehari rambut dah panjang...........dalam sehari pun janggut dah tumbuh lebat di dagu.

Sudahla buat malu orang Melayu
Jijiknya perangai Melayu moden ni.....astaqfirullah

Wednesday, April 27, 2011

TEMPAT KENANGAN LAMA


Teringat juga kat hari mati
Jangan runsing pasti tiba

Tetiba juga teringat kat Sekolah Menengah Sik
Kemanakah murid2 dulu
Dimanakah kekawan lama
Ustaz Zakaria,Ustaz Ibrahim,Haji Isa
Ada di sini,hari2 boleh jumpa
Ya Leman,seminggu sekali mesti dia call
Peminat setia srengenge




Berpuluh ribu aku pungut duit di sini
Pikiaq tengok 15 tahun aku bertugas
15 tahun aku ngajar sastera melayu di sini
Hello Cikgu Salim....ide-ide 80an
Persuratan tahunan kita yang pertama
Hello cikgu Lah A......the weather is very clear
Hello Kak Timah.....ERT bau wangi sampai bilik staff
Hello Harun Putih.....Kanibal Staff Sik/Baling,mesti gadoh tiap tahun
Hello Chan Beng Ngoh.....the lone ranger


Ku abadikan gambaq ini untuk Pak Lah dan isteri,Ariff dan isteri
Ak Toi terima kasih kerana hari2 aku sewa bilik kau
Pasai dekat,atas sikit staff room.

Moga semua berada dalam penoh kecintaan Allah

TEORI RAHMAN






Teori Rahman dah sampai ke akhirnya.
What comes next ?
Tak sapa tau
Dengan 1Malaysia,1Melayu dan 1Bumi macam2 boleh jadi
Utusan Malaysia orang dah boikot
Mungkin orang Melayu bersatu dalam PAS
Mungkin orang Cina bergabung dalam DAP
Mungkin kelbagaian bangsa bersatu dalam PR
Mungkin Umno hilang pengaruhnya
Menjadi parti serpihan
Atau terkubur begitu saja
Kerana teorinya dah tammat
Kemungkinan ada di mana2 saja
Rakyat rata2 dah meluat dengan BN
Hebat juga kalau Malaysia ada 3 parti terhebat

Hebatnya : Buat Malaysia bersih

BERSIHKAN DEWAN DARI PERKATAAN LUCAH


Rakyat dah jemu dengan atmosphere lucah dan keji.............harap orang ternama jagalah lidah kerana semua itu membusukkan 'cuaca' dalam negara..............hari2 didedahkan dengan video dan kata2 keji sehingga anak2 dalam perut pun dah mahir dengan kebusukan yang melanda negara.



Semalam 26 April 2011, sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan telah dicemarkan dengan tindakan seorang ADUN BN bergelar Datuk yang bangun menjerit dan mencarut dengan melaungkan perkataan "PUNDEK".

Ini berlaku ketika YB Teo Kok Seong (DAP-Bahau) sedang membahaskan titah Di Raja. Gagal berhujah Adun Bn-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad (gambar) bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah yang membawa maksud 'alat sulit wanita dalam bahasa Tamil'.



Ini semua membuktikan

* ADUN Bn Negeri Sembilan derhaka terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Prtuan Besar N.Sembilan kerana mencarut dan mempermainkan perbahasan titah di Raja dalam dewan yang mulia.
* ADUN Bn gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut, tidak serius dan speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang dengan berkesan.
* ADUN Bn bukan sekali mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, jelas ADUN Bn tidak sensitif dan menghina wanita lebih lagi secara sengaja mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa Tamil dalam dewan yang mulia dan dilindungi dari tindakan boleh dilihat dengan sengaja menghina orang India.

Shahnon ahmad mendahului mendedahkan yang busuk2 ni dalam novelnya SHIT tahun 90 dulu............benar apa yang dituleh oleh beliau

(rujuk blog Muslimeen United)

MOHAMMAD NOOR ISA


ASSALAMUALAIKOM

Hampir 50 tahun tak bertemu.............jumpa gambar dalam facebook.........tahun 60an pernah mengajar di Sik...............tadi dia buat call kat aku..........bersembang sikit..........semua cerita lama.

Katanya masih boleh naik motor pi Alor Staq...........mesti pakai ilmu siam ni.........mesti belajaq kat Hussain Marzuki , kan dia dulu mengajar di sekolah siam kat Paya Terendam........Husain pun agaknya boleh pandu Royal Enfield........rioh habeh pekan Sik di masa tu........drummmm ekzos motornya..............anyway wishing you a happy life.........maaf segala salah silap,kerana tak lama lagi kita akan berhijrah ke alam baqa..............

LANGUAGE BARIER

Language barrier to racial interaction, study reveals

By Debra Chong

KUALA LUMPUR, April 26 — A significant number of secondary school dropouts with Chinese primary vernacular education have little, or zero, command of English or the national language, according to a study.

Observers say this has created a group of Chinese who only interact within their own ethnic community and points to increasing racial polarisation in multicultural Malaysia.

Education ministry studies have shown that nearly one in four Chinese students has failed to complete secondary school education and their dropout rate is virtually the same as that for Malays and other races.

In the latest survey of 159 schools nationwide last year, the National Union of Teaching Profession (NUTP) found that one-third of students from those schools cannot understand either English or Bahasa Malaysia (BM) when they transfer to national secondary schools.

Another one-third was found to be able to understand only a little bit of English or BM, while the remaining one-third could comprehend fully.


Read more in The Malaysian Insider

TERIMAKASIH PENGUNJUNG KE BLOG SRENGENGE


Pengunjung pada 26 April,2011


Pageviews today 295

Pageviews yesterday 253


Jumpa lagi ,selagi aku mampu melarikan jejari di keyboard,selagi Allah memberikan aku idea,selagi
denyutan jantung mampu memberi hidup yang Allah redho.

Tuesday, April 26, 2011

HARAM BACA UTUSAN

Haram baca Utusan, tegas Dr Haron Din


KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai “haram” dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.


“Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam.

“Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini,” jelas beliau.

Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini.

Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan “Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat.

Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peritiwa itu benar atau sebaliknya.

“Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut.” jelas beliau.

Keadilandaily

CAPATI,SUSU LEMBU SEGAR,MADU LEBAH


Malam ni masak sendiri.............resepi sendiri


Inilah susu segar ku beli dari seorang pemuda...........dah ada temannya untuk di makan


Aku telah canai tepong capati petang tadi dan aku akan masak kerana nak makan panas2 bersama susu lembu



Nak cicah kan madu lebah.........tak elok makan susu bersama daging cicahan...............mai aku dah nak pi masak.

MEMBINTANGKAN KEREDHOAN


Masih banyak peminat hingga kini



Lama juga dia bertahan,dia ada banyak idea........TAPI masa menurun akan sampai



Terpaksa bergelumang kelbagaian untuk maintain..........walaupun jadi nyonya....buatlah asalkan bahagia



Dah menurun...nak harap bakat yang sikit tanpa ilmu payah nak naik.........lebih baik ikut Bob Lokman,dia akan popular selama2nya


Mawi pun dah layu.....cepat naik,cepat jatuh............disyorkan ikut Bob Lokman,bakat ustaz dah pernah ada dulu.....masih muda,mudah buat u-turn


Sahabat2 Nabi saw ialah bintang yang beribu...........bersinar mereka abadan-abada

Monday, April 25, 2011

VW BEETLE BARU


Alahai cutenya...........kalau masih muda pasti aku beli...........kalau ada duit tentu aku capai.........tapi aku tak ambik yang ini.........aku sapu yang berwarna kuning tua........kuning warna diraja.......raja srengenge.

Boleh mimpi saja

RAKYAT 1MALAYSIA 1MELAYU 1BUMI NAK TONTON WAYANG

Pengarah2 wayang belum siap membuat ending

Wayang RPK dan polis Malaysia di Bangkok pun belom siap




Wayang video Datuk T pun belom siap di edit lagi


Semua itu membuat membuat ketua polis kita poning...........mungkin tekanan terlalu tinggi.....susah nak siapkan wayang



Wayang Harussani pun menyengat juga akhir2 ni..............tari ponco-ponco tu haram katanya (fatwa mufti Malaysia kata harus).......Datuk Seri Annuar tak perlu bersumpah katanya ( Mufti Perlis kata kena bersumpah)

Orang dulu kalau nak bersumpah senang saja..............aku sumpah haramjadah

ANAKNDA MISWAN DI SEKOLAH KEB. SIK


Inilah gambar anaknda Miswan semasa di Sekolah Kebangsaan Sik 1980.
Mungkin adik2nya boleh mengenali abangnya dalam gambar.
Gambar di atas semasa ziarah ke Merbok.
Yang bawahnya berehlah di Pantai Merdeka.