Kita juga dah mula bergegar
Buat depa tidoq tak lena
Akan mula gegaq kat Perancis
dan meleret kat malaysia pula
Baca berita ni : berkongsi dengan blog Anak Sungai Derhaka
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.
“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia hari ini.
Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.
No comments:
Post a Comment