Thursday, April 28, 2011

UNTUK PENGKAJI SEKS


Sex Melayu

April 28, 2011

Oleh: MSK..............dari Malaysia Times

Sekarang ni tengah hot pasai Video Sex “Anwar Ibrahim”. Dari budak-budak berhingus sampai orang tua bertongkat, semua cerita pasai sex. Dari Imam masjid sampai Professor Universiti, semua cakap pasai sex.

Pasai apa orang Melayu terlalu obses dengan sex?

Kira-kira dua bulan lalu, aku dijemput untuk memberikan ceramah tentang Gen Y di UPM. Tumpuan utama yang diberikan tentang Gen Y ialah masalah sosial yang sedang berlaku. Budak-budak sekolah rendah dah pandai melakukan hubungan sex. Budak sekolah menengah buang anak. Gambaran yang diberikan seolah-olah, Gen Y gila sex. Apakah masalah sex ini hanya berlegar dikalangan Gen Y?

Cuba kita imbau kembali evolusi sex dikalangan orang Melayu.

Selepas Perang Dunia Kedua, orang Melayu hanya mahu berhibur. Ketika orang-orang cina dan India sibuk memperkemaskan diri mereka dalam ekonomi, orang Melayu mahu enjoy. Sekitar 50an, tumpuan utama orang Melayu ialah kahwin dan sex.

Pergaulan terbatas masa tu. Nak jumpa kat mana? Kat kebun getah? Panggung wayang pun tak banyak. Nak dating cukup susah, tapi nak kahwin cukup senang. Tak payah pergi kursus, tak payah ada sijil nikah. Bapak sendiri boleh nikahkan anak. Jangan kata tak ada sex bebas masa tu!! Cuma, ianya diselesaikan dengan perkahwinan. Bila Mak Bapak tengok anak dara depa dah mengandung….bagi kahwin. Selesai.

Terma “tangkap basah” juga popular sejak awal 50an. Sapa yang ditangkap beromen…tak kira dalam semak atau dalam bilik, dipaksa kahwin. Selesai masalah. Seolah-olah perkahwinan adalah penyelesaian kepada masalah sosial dikalangan Generasi GI (mereka yang lahir sebelum perang dan berumur 20an pada tahun 50an) masa tu.

Sex bebas sudah bermula sejak generasi Boomers lagi. Satu peristiwa yang masih aku ingat ialah tentang penyanyi rock ( CENSORED.....IN CAMERA ) ..tak payah kahwin. Tapi masa tu orang tak kisah. Mampuih pi la kat hang.

Generasi sebelum perang memang kuat nafsu sex. Kalau sesorang lelaki atau wanita yang kahwin-cerai-kahwin-cerai 5-6 kali…itu bukan luarbiasa. Lelaki yang kahwin 4, dianggap macho. Ibu yang ada 12 anak dianggap subur. Masa tu bukan ada kondom.

Geng Boomers…nak beli sabun pun mesti beli sabun Lux, sebab sabun tu digunakan oleh Noor Azizah. Papan-papan iklan dipenuhi dengan wanita seksi, sebab pengiklan tau, geng Boomers cepat stim.

Majalah Playboy muncul dalam tahun 1953. Filem-filem porno juga mula bercambah dalam tahun 50an. Itu sebab aku katakan, Revolusi Sex berlaku pada zaman Boomers. Dan sehingga hari ini, skandal-skandal sex sensasi kebanyakannya melibatkan Boomers.

Cuba pergi ke kedai-kedai kopi kat kampung-kampung. Yang paling banyak minum kopi tongkat Ali atau kopi kapal api ialah orang tua!!

Gen X (1960-1978) lain macam pulak. gen X menjadi remaja dipertengahan 70an. Kebanyakannya kaki rock atau disco. Yang pakai selipar gila, rock, yang pakai kasut kulit, gila disco.

Kalau Boomers mengadakan hubungan sex dikebun getah atau sawah padi, Gen X mengadakan hubungan sex di Taman kanak-kanak atau padang bola. Sebelah malam la. Masa tu, konsert rock masih lagi banyak…selesai konsert depa buat projek.

Tapi nafsu sex Gen X sudah berkurangan berbanding Boomers. Gen X lebih suka ganja atau Carlsberg. Gen X lebih suka high dari syok. Kalau dikalangan Boomers, beristeri 3-4 adalah biasa, tapi bila sampai Gen X, paling tinggi pun dua cawangan. Tu pun tengah mati nak pulun.

Bila sampai gen Y, nafsu sex makin berkurangan. Kalau wanita Boomers, umur 14 dah kahwin, tapi wanita Y umur 24 baru keluar universiti. Umur 28-30 baru teringin nak kahwin. Gen Y tak suka buat, tapi depa suka tengok orang lain buat!! Cuba kaji blogger-blogger yang ada kat Malaysia ni. Majoriti daripada mereka adalah mereka yang lahir selepas 1980. Dan cuba baca blog depa…pantang ada cerita sex, terus upload dalam blog.

Orang ni bukak skandal orang tu, orang tu selak kain orang ni. Politik Melayu tak habis-habis dengan sex. Yang buat ialah Boomers, yang dedah ialah Gen-Y.

Yang bising tentang masalah sosial anak muda hari ini ialah Boomers yang kini sedang memimpin negara. Kalau ikut susunan generasi, Gen Y adalah cucu kepada Booomers. Atuk nak cakap pasai masalah cucu? Sedangkan Atuk pun ada banyak masalah!!

Oleh kerana orang Melayu obses sangat dengan sex, maka politik Melayu juga tidak dapat lari dari sex. Pantang ada isu…mesti dikaitkan dengan sex. Itu sebab akhbar the Independent menyifatkan politik Malaysia sebagai “one track mind”. Obses dengan skandal sex.

Top of the charts, “Skandal Anwar Ibrahim”. Lepas satu…satu. Yang tu aku tak berapa kisah sangat…sebab Umno tu Melayu. Tu pasai obses sangat dengan cerita dalam kain orang lain. Kalau nak cerita pa sai skandal seks, pemimpin Umno lagi banyak. Ada yang kena letak jawatan Menteri Besar pun ada. Ada ka patut dengan adik ipar sendiri? Tak dapat benda tu…raba punggung pun jadi sementara hisap cerut.

Kemudia, Ibrahim Ali pun tumpang sekaki. “Bila laki balik, bini kena stop buat kerja-kerja…dan layan laki dulu.” Apa la punya akai?

Tapi yang tu pun aku tak berapa kisah..sebab Perkasa tu pun Melayu.

Nasrudin Tantawi pun kepala seks jugak. Bila orang nak sambut Valentine’s Day, dia pun sibuk nak pasang kaki skodeng untuk memastikan tidak ada sex bebas berlaku. Yang ni pun aku tak berapa kisah sebab Nasrudin Tantawi pun orang Melyu.

Dan yang paling terbaru, ada kem lelaki lembut di Terengganu. kononnya untuk memastikan budak-budak ni tidak terjebak dalam seks sejenis.

Whoit!!! tak-habis-habis dengan seks.

Tapi nak kata apa. Itu lah politik Melayu. Baik Melayu Umno, Melayu PKR atau Melayu Pas. Kalau pasai seks, semua tegak.


"baca dan pikiaq lah yang mana patut padan"......ini kata2 srengenge

1 comment:

Suliza Saad said...

em... maklumat baru yg anakanda dpt, kewujudan 3 jenis generasi... setelah cari dan membaca, baru faham...