Wednesday, April 27, 2011

BERSIHKAN DEWAN DARI PERKATAAN LUCAH


Rakyat dah jemu dengan atmosphere lucah dan keji.............harap orang ternama jagalah lidah kerana semua itu membusukkan 'cuaca' dalam negara..............hari2 didedahkan dengan video dan kata2 keji sehingga anak2 dalam perut pun dah mahir dengan kebusukan yang melanda negara.



Semalam 26 April 2011, sesi perbahasan titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan telah dicemarkan dengan tindakan seorang ADUN BN bergelar Datuk yang bangun menjerit dan mencarut dengan melaungkan perkataan "PUNDEK".

Ini berlaku ketika YB Teo Kok Seong (DAP-Bahau) sedang membahaskan titah Di Raja. Gagal berhujah Adun Bn-Sungai Lui Datuk Zainal Abidin Ahmad (gambar) bangun mencelah dan menjerit perkataan lucah yang membawa maksud 'alat sulit wanita dalam bahasa Tamil'.



Ini semua membuktikan

* ADUN Bn Negeri Sembilan derhaka terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Prtuan Besar N.Sembilan kerana mencarut dan mempermainkan perbahasan titah di Raja dalam dewan yang mulia.
* ADUN Bn gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan masa dan wang rakyat melalui persidangan dewan dengan mencarut, tidak serius dan speaker dewan juga tidak mampu mengendalikan sidang dengan berkesan.
* ADUN Bn bukan sekali mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa India, jelas ADUN Bn tidak sensitif dan menghina wanita lebih lagi secara sengaja mencarut dengan menyebut alat sulit wanita dalam bahasa Tamil dalam dewan yang mulia dan dilindungi dari tindakan boleh dilihat dengan sengaja menghina orang India.

Shahnon ahmad mendahului mendedahkan yang busuk2 ni dalam novelnya SHIT tahun 90 dulu............benar apa yang dituleh oleh beliau

(rujuk blog Muslimeen United)

No comments: