Thursday, April 7, 2011

KELUARGA HEBAT....TAHAN LASAK

Klip video: Keluarga pertahan Anwar, dakwa ‘taktik politik lucah Umno-BN’

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 5 April — Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian berani menonton klip seks yang kini disebarkan menerusi dunia siber dan membuat keputusan muktamad — ia “satu lagi contoh taktik politik lucah diangkat dan dijulang Umno-Barisan Nasional.”

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini, isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya berkata:

“Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

“Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.”

Kenyataan bersama itu berkata, video seks yang disiarkan di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu disebarkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno.

“Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik,” tambah kenyataan itu lagi.

No comments: