Friday, April 8, 2011

KUTIPAN KUTBAH JUMAAT HARI NI...JAWI


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
S.W.T dengan penuh keyakinan dan keikhlasan di dalam melaksanakan
segala arahanNya serta meninggalkan segala tegahanya. Mudahmudahan
kita akan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat yang
kekal abadi.
7.
Mimbar jumaat yang mulia pada hari ini akan membicarakan khutbah
yang bertajuk: “Membanteras Filem Haram”
8.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Perkembangan globalisasi, telah membentuk gaya hidup dan
pergerakan manusia yang semakin jauh dan pantas dalam mengejar
tuntutan kehidupan. Gaya hidup ini tanpa disedari telah memberi kesan
dan mengurangkan nilai-nilai baik dalam masyarakat kita.
9.
2
Umat Islam pada hari ini jauh dihanyutkan oleh peredaran masa
sehingga lupa kepada Allah S.W.T dalam mengejar kemewahan hidup
dan keseronokan hiburan. Mimbar ingin menarik perhatian para jemaah
terhadap isu penyebaran dan penjualan filem-filem lucah,filem tanpa
kelulusan dan perakuan yang semakin menjadi berleluasa di dalam
masyarakat kita hari ini.
10.
Permasalahan ini mendatangkan krisis sosial terhadap masyarakat
Islam di negara kita, golongan remaja sering terdedah kepada masalah
sosial ini kerana mereka masih kurang matang dan mempunyai
perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru apabila berdepan dengan
sesuatu cabaran atau perkara yang mendatangkan keseronokan. Mereka
ini mudah terpedaya dan terikut-ikut dengan pengaruh yang ada di
sekeliling mereka.
11.
Masalah sosial ini juga telah menggalakkan pergaulan bebas seperti
yang sering dipaparkan oleh filem-filem barat yang tidak bertapis
dimana memaparkan adegan-adegan lelaki dan wanita tanpa batasan
yang meransang kepada perlakuan zina. Sesungguhnya zina
memberikan kesan yang sangat buruk bukan hanya kepada perlakuan
sahaja bahkan kepada anak-anak yang bakal lahir hasil zina itu.
12.
Justeru, kerajaan memandang serius isu yang semakin berleluasa di
dalam masyarakat ini kerana ia merosakkan akidah dan akhlak
masyarakat di samping memberi implikasi buruk terhadap pembentukan
generasi akan datang.
13.
Kementerian Dalam Negeri, melalui Bahagian Kawalan Penapisan Filem
dan Penguatkuasaan telah mengambil langkah-langkah berbentuk
mendidik masyarakat untuk lebih memahami maksud sebenarnya
klafikasi filem-filem berkenaan serta langkah-langkah pencegahan yang
boleh dilaksanakan bagi menangani gejala ini. Ini kerana mencegah itu
lebih baik dari merawat
14.
selaras dengan firman Allah S.W.T di dalam surah al-Isra’ ayat 32:
15.

Bermaksud:
“dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bahagian kawalan penapisan filem dan penguatkuasaan kementerian
dalam negeri menjalankan tugas dalam menguatkuasakan undangundang
dibawah akta penapisan filem 2002 sejajar dengan prinsip rukun
Negara. Ia berperanan menjaga keselamatan dan keharmonian kaum
serta melindungi kepentingan Negara dan rakyat daripada pengaruh
buruk dan unsur-unsur negatif yang dipaparkan di dalam sesetengah
filem.
16.
Akta Penapisan Filem 2002 memperuntukkan hukuman denda tidak
kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun
atau kedua-duanya bagi sesiapa yang terlibat dalam jenayah ini.
Ingatlah, ini Cuma peruntukan hukuman dunia. Sesungguhnya hukuman
Allah di akhirat lebih dahsyat dan menggerunkan bagi mereka yang
sengaja mengundang kemurkaan Allah S.W.T.
17.
Firman Allah S.W.T di dalam surah at-Tahrim ayat 6:

Bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang
keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam
segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala yang diperintahkan.
18.
4
Ayat ini juga menuntut setiap ibubapa bertanggungjawab memastikan
anak-anak dan keluarga mereka sentiasa dibimbing agar dapat
mengelakkan diri daripada terpedaya dengan sebarang anasir buruk
yang akan merosakkan masa depan mereka.
19.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara langkah-langkah yang perlu diambil sebagai anggota masyarakat
yang bertanggungjawab dalam menangani gejala ini ialah:
Pertama: Elakkan diri daripada terlibat membeli, memiliki dan menonton
filem-filem yang berunsur lucah dan tidak mendapat kelulusan.
Kedua: Berkerjasama dengan pihak berkuasa memerangi pengedaran
dan penjualan filem-filem ini dengan segera melaporkannya.
Ketiga: Mendidik keluarga dengan didikan agama bagi membentuk
generasi rabbani yang dapat memelihara diri dari segala maksiat dan
kemungkaran.
20.
Usaha-usaha perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan bencana
yang bakal menimpa umat yang hidup bergelumang dengan dosa.
Renungilah kata-kata Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz yang diriwayatkan
oleh Imam Malik rahimahullah:

Bermaksud: “Pernah disebut, sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan
menimpa azab keatas sesuatu umat dengan sebab dosa seseorang
tetapi jika kemungkaran dilakukan secara berleluasa akan berlaku azab
meliputi seluruh umat”
21.
Sejajar dengan tuntutan ini marilah kita berkerjasama dengan pihak
berkuasa memberi tindak balas kepada saluran-saluran yang telah
disediakan oleh kerajaan khususnya Agensi Bahagian Kawalan
Penafisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri yang
berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta
22.
5
Penafisan Filem 2002. Janganlah kita melepaskan tanggungjawab
tersebut kepada pihak kerajaan sahaja kerana ini adalah amanah Allah
kepada kita sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Firman Allah SWT menerusi Surah fussilat ayat 34:

Bermaksud :
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan
perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu)
dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka
orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta
akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

2 comments:

YB said...

salam ayahanda

agak agak mr. T solat jumaat kat wilayah tak?

Rozali said...

Assalamualaikum Ayahanda

kuliah subuh tadi
'peristiwa yg panas masa ini, antara pengalak/menyuruh masyarakat menghampiri yg di tegah Allah'

Wassalam