Wednesday, April 20, 2011

RONDA-RONDA SUNGAI PETANI


Ronda2 Sungai Petani merupakan aktiviti bulanan ku @ dwi bulanan ku
Bulan ni nak pi selesai bil streamyx dan EVDO ku
Selepas selesai dengan bergaya aku hayun kaki ku ikut citarasa tersendiri
Berjalan terhinggut2 kera melompat batas bendang,aku jelajahi Jalan Dewa,Jalan Pengkalan dan tempat2 mainan ku semasa tahun 50an dulu
9 tahun aku belajar di Ibrahim School.....9 tahun SP menyelami dalam diri
9 tahun berak-kencingku membusuk di sini
Hari ni bernasib baik dapat bertemu sahabat lama
Sahabat sepadang permainan..........Kami jaguh hoki dan kriket zaman itu





Aku masih boleh cam dirinya walaupun dah lebih 50 tahun tak bertemu
Itu semua orang kenai : Bachan Singh
Kami berbual panjang pasai kekawan lama.........ada yang dah mati,dan masih ada yang hidup
Kami berbual pasai Ibrahim School
Kami juga berbual pasai old-boys gathering
Satu hari tak cukup nak cerita zaman dulu2
Banyak nostalgianya



Selepas pencen sebagai guru Bachan Singh membuka sebuah kedai runcit di Sungai Petani
Aku pun tak tau itu kedainya
Setiap kali aku pi tak pernah bertemu toke kedai
Kedai inilah pembekal tepong capati untuk aku
Kedai nama tak sama dengan toke kedai


Dalam kedai Bachan Singh penuh pelbagai barangan
Barangan untuk Indian muslim dan orang india ada berbagai


Lain kali jumpa lagi.........kita pi minum susu lembu dengan capati

1 comment:

Anonymous said...

Pak Srengenge,

After 50 years ,then you meet an old friend........marvelous