Saturday, July 9, 2011

KITA BUKAN MENENTANG POLIS , KITA TENTANG SISTEM PILIHANRAYA

Polis Menguasai Ibunegara... Bandaraya POLIS, Aku Masih Tersekat Di Hotel Penginapan.. 9 Ditangkap Di Masjid Kg Bahru

GALERI FOTO

Kuala Lumpur yang lazimnya sesak pada setiap pagi Sabtu kini sunyi dan dikawal ketat dengan ribuan anggota polis bagi mengaggalkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Di sebalik sekatan jalan raya di kebanyakan lokasi di Kuala Lumpur, keadaan lalu lintas masih lancar tetapi keadaan trafik dilaporkan sesak di kawasan luar bandar di mana polis cuba menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara.

NONESebahagian besar polis juga ditempatkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai akan berdemo seperti di persekitaran Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan kawasan membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan berkenaan juga diperiksa ketat.

Masjid Negara juga menyaksikan kehadiran polis yang ramai. Dipercayai ramai lagi anggota polis yang tidak memakai pakaian seragam juga sedang berlegar di kawasan-kawasan berkenan.

Setakat jam 8.30 pagi ini, perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa dengan semua stesen boleh dituju.










No comments: