Sunday, July 31, 2011

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG


Seniman Negara Syed Ahmad meninggal dunia, 82 tahun

July 31, 2011........The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Seniman Negara Datuk

Syed Ahmad Syed Jamal
meninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd Noor dan dua anak lelaki.

Menurut laporan Bernama Online, perkara itu disahkan sumber dari Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Allahyarham menerima anugerah Seniman Negara pada 1995.

Pada 1955 hingga 1956, beliau meneruskan pengajian di Institute of Education, University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni disusuli dengan pengajian di School of Art Institute of Chicago, Illinois, Amerika Syarikat pada 1963 hingga 1964 sebelum mengikuti pengajian Sarjana di University of Hawaii dalam bidang seni pada 1973 hingga 1975.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1979 hingga 1982 serta pensyarah di Malayan Teachers Training College, Kirkby, England dari 1958-1959.

Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.

Mengikut laman web Arkib Negara, Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni sehinggalah ke hari ini.

“Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan hasil-hasil karya beliau untuk tatapan umum. Di antara tema pameran beliau ialah Antara Langit & Bumi, Ruang dan On & Off King’s Road,” kata laman itu.

Seniman Negara ini telah mencipta nama di persada dunia seni dengan pelbagai genre hasil karya seninya.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong perkenan menyaksikan pameran Syed Ahmad Jamal di Balai Seni Lukis pada Oktober 2009. — Foto ihsan The Star
Ketika pameran bertajuk ‘Pameran Syed Ahmad Jamal: Pelukis yang diadakan pada 2009, yang mengumpulkan lebih 300 hasil karya agungnya bermula dari era 1950-an, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkannya:

“Nilai karya seni dalam pameran ini mencecah lebih daripada RM 10 juta. Ini menunjukkan Malaysia juga ada karya yang tinggi nilainya,” kata Rais.

Antara karyanya yang paling mahal dalam pameran ketika itu ialah Semangat Ledang.

Dalam temu bual dengan media ketika itu, apabila ditanya mengenai sumber inspirasi hasil-hasil karyanya, Syed Ahmad memberitahu, beliau mendapat ilham daripada cetusan manusia dan peristiwa seperti peperangan di Hiroshima (Jepun), barang-barang bersejarah dan reformasi.”

“Pelukis akan meraikan sesuatu situasi dengan melukis.

“Itu adalah cara kami untuk meluahkan perasaan,” kata Syed Ahmad.






2 comments:

Anonymous said...

I'm amazed, I have to admit. Rarely do I encounter a blog that's both educative and engaging, and without a doubt, you have hit
the nail on the head. The problem is an issue that too few
folks are speaking intelligently about. Now i'm very happy I found this during my search for something relating to this.

My site :: http://cannatv.org/

Anonymous said...

My family always say that I am killing my time here at web,
but I know I am getting familiarity everyday by reading such fastidious posts.


Also visit my webpage; getting a man to fall in love with you