BISSMILLAH. Srengenge nyunar kanti mulya, Angine midit kawandana, Manuke ngoceh ana ing wit witan, Kewane nyenggut ana ing pasuketan, Kabeh pada muji Allah Kang Mulya... Bermaksud :- Matahari menyinarkan kemuliaan, Dan ketika anginnya sepoi-sepoi, Burung pun sedang berkicau, Hewan ternak sedang merumput, Semua memuji Allah Yang Mulia . ASSALAMUALAIKOM........KU DOAKAN PADA SEMUA SEMOGA BERADA DALAM PENUH KECINTAAN ALLAH. BEKAS2 MURIDKU,"TUK CHA MASIH DI KAKI BUKIT SRENGENGE".
Tuesday, July 12, 2011
AMNESTY INTERNATIONAL NO TO NAJIB
Salah satu imej dari ribu2 banyaknya tentang BERSIH 2.0 yang diadakan juga di London pada 9 Julai lalu
Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu. Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima. Hujah Amnesty berdasarkan beberpa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. “Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest. “David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima. “Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
aku berdoa dan menadah tangan dan mata ke langit agar kerajaan amno akan ranap macam kerjaan langit ayah pin.
Post a Comment