CONTOH BAJU BERSIH 2 SEBAGAI SAKSI...........dari idea pelukis
Orang yang tahu tetapi diam terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapannya diibaratkan syaitan bisu. Mengapa syaitan dan mengapa bisu?
Syaitan makhluk jahat. Orang jahat memang sukakan kejahatan. Justeru, jika kejahatan berlaku di hadapannya, tentu wajar dia diam.
Bagaimana pula dengan orang yang tahu dan menjadi tukang canang kejahatan. Setengah ulama berkata, orang sebegitu adalah syaitan petah. Mengapa syaitan dan mengapa petah?
Bagaimana pula dengan orang yang tahu dan menjadi tukang canang kejahatan. Setengah ulama berkata, orang sebegitu adalah syaitan petah. Mengapa syaitan dan mengapa petah?
Seperti biasa, syaitan memang jahat dan sukakan kejahatan. Kalau tadi diam, suka dan redha, kini bising dan sokong. Kalau diam adalah bisu, menyokong tentulah petah.
Bisu atau petah, kedua-duanya adalah syaitan. Orang yang tahu, samada dia diam atau dia petah terhadap kemungkaran diibaratkan syaitan.
Sebab itu, nabi menyebutkan bahawa, jihad paling afdhal ialah berkata benar di hadapan penguasa yang zalim.
No comments:
Post a Comment