“Mengapa Bourdon tidak boleh ke mari dan memberitahu kita perkara yang sebenarnya, sedangkan perdana menteri kita boleh ke luar negara menyebarkan pembohongan?” soalnya.Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang didakwanya tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.
Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.
Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis.
Wang itu antaranya diperolehi melalui lelongan lukisan Zunar bertajuk 'Scorpene in Yellow Land' yang berjaya mengutip RM4,000 dan sebuah kek berupa kapal selam yang dijual pada harga RM650.
No comments:
Post a Comment