Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini cuma ketawa apabila diajukan soalan tentang beberapa tokoh ulama Islam yang dikaitkan dengan Wahabi dan terorisme.
"Macamlah juga enam orang yang ditahan (atas alasan) hendak menggulingkan Yang di-Pertuan Agong. Itu semua cerita rekaan semata-mata. Tak ada apa-apa pun.
"Ini cuma propaganda menjelang pilihan raya dalam keadaan Umno dan BN tersepit sekarang, terutama sekali imej mereka di peringkat antarabangsa (terjejas)," dakwanya yang terus tersenyum.
Hadir sama dalam sesi itu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan tiga naib presiden PAS - Datuk Mahmuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.
Malaysiakini semalam melaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.
Difahamkan, taklimat tertutup MKN yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.
Semangat keislaman
Sumber-sumber juga mengaitkan kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain dengan jaringan itu.
Sementara itu, Mahfuz (kiri) pula berpendapat, dakwaan tersebut perlulah dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara-negara tersebut yang berkongsi "semangat keislaman".
"Atas semangat keislaman, perkara ini tidak baik," katanya yang juga anggota parlimen Pokok Sena.
Manakala Husam pula sempat menyampuk" "Bukan (dengan) Arab Saudi sahaja. Tetapi dengan tiga negara sekali gus. Sudahlah kita dah bergaduh dengan Perancis."
No comments:
Post a Comment