Sunday, July 17, 2011

IN LOVING MEMORY



Khamis depan, rakyat Malaysia berpeluang mendengar maklumat secara langsung daripada peguam Perancis bahawa "lebih besar" komisyen dibayar oleh pegawai kerajaan "peringkat amat tinggi" di Malaysia dalam pembelian dua kapal selam pada 2002.

Di Pulau Pinang, Peguam William Bourdon dijadual mendedahkan perjanjian dengan syarikat Perancis DCNS dalam acara kutipan dana yang digelar 'Ops Scorpene'.

NGO hak asasi Manusia Suaram menganjurkan majlis makan malam itu di mana aktivisnya Cynthia Gabriel, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan turut berucap.

Gabriel mendakwa, bukti baru ditemui bahawa komisyennya "lebih besar" daripada sebelumnya dibayar kepada syarikat perunding Malaysia Perimekar Sdn Bhd.





No comments: