Sunday, July 17, 2011

SHAME ON YOU



Gema "SHAME ON YOU" Di London Bakal Akhiri Pemerintahan Najib Sebagai PM Malaysia

Berdasarkan kepada perkembangan mutakhir, nampaknya kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri semakin goyah. Perlekehan beliau terhadap BERSIH 2.0 serta penipuan yang dibuat terhadap rakyat di dalam soal penyediaan stadium memakan dirinya sendiri.

Kini rata-rata sokongan rakyat terhadap BERSIH semakin meningkat. Jika perhimpunan 50,000 pada 9 Julai lalu diperlekehkan oleh polis dan Najib sebagai hanya 5,000, kini Tuhan membukakan mata semua untuk melihat bahawa bilangan rakyat yang menyertai BERSIH sebenarnya lebih daripada 50,000 - mungkin 500,000, munkin 5 juta mungkin 15 juta, hanya kerana ramai diantara mereka adalah majoriti senyap yang tidak dapat hadir ke perhimpunan kerana telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Jika tidak sepastinyalah hari ini juga kemungkinan Najib sudah terbongkang dari kerusi "menteri perdana"nya.

Pertama kali di dalam sejarah BERSIH, ia tersebar dan disambut di seluruh pelusuk dunia (bukan sekadar di Malaysia). Jika di dalam negara sambutan Bersih di kekang oleh Polis & FRU, tetapi di luarnegara mereka bebas. Dan GB percaya bilangan mereka yang menentang Najib (setidak-tidaknya di dalam isu BERSIH) semakin membuak dan membesar.

Dan satu ciri yang menarik pada BERSIH kali ini ialah ia disertai oleh rakyat yang multi-racial bukan lagi terhad kepada kelompok etnik Melayu seperti di dalam BERSIH 1.0.








No comments: