



BISSMILLAH. Srengenge nyunar kanti mulya, Angine midit kawandana, Manuke ngoceh ana ing wit witan, Kewane nyenggut ana ing pasuketan, Kabeh pada muji Allah Kang Mulya... Bermaksud :- Matahari menyinarkan kemuliaan, Dan ketika anginnya sepoi-sepoi, Burung pun sedang berkicau, Hewan ternak sedang merumput, Semua memuji Allah Yang Mulia . ASSALAMUALAIKOM........KU DOAKAN PADA SEMUA SEMOGA BERADA DALAM PENUH KECINTAAN ALLAH. BEKAS2 MURIDKU,"TUK CHA MASIH DI KAKI BUKIT SRENGENGE".
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang bakal bersara pada usia 66 tahun pada 12 September ini telah menepati janjinya bahawa beliau tidak akan mendengar sebarang kes mahkamah yang melibatkan Umno sepanjang beliau memegang jawatan itu selama hampir tiga tahun.
"Saya tidak bicara satu pun kes mahkamah yang melibatkan Umno atau kes-kes yang berbaur politik," kata Zaki dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di Istana Kehakiman.
Malah, katanya, beliau tidak peduli pihak mana yang menang atau kalah dalam kes-kes tersebut.Pelantikan Zaki memegang jawatan Ketua Hakim Negara ke-12 pada 2008 mengundang kontroversi kerana beliau pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Umno.
Zaki menjelaskan bahawa beliau juga tidak mengambil tahu siapa hakim yang akan ditugaskan untuk mendengar kes-kes sedemikian.
Beliau juga menafikan tuduhan terdapatnya manipulasi dalam memutuskan kes-kes melibatkan kerajaan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dikatakan akan mengenepikan keputusan mahkamah bawahan yang tidak berpihak dengan kerajaan.
"Saya tidak pernah melakukan manipulasi. Hati saya ingat kepada Allah Ta'ala. Itu lebih penting, kalau saya buat keputusan yang tidak mengikut undang-undang dan tidak adil dan saya tahu benda itu tidak adil, maka saya bertanggungjawab pada Allah. Bagi saya itu yang lebih penting. Tidak ternilai dengan wang atau apa-apa pun," katanya.
Malah, Zaki turut menjelaskan bahawa semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara dan juga sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, beliau tidak menubuhkan panel hakim untuk mendengar kes-kes melibatkan Umno sebaliknya meminta Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ketika itu (kini sudah bersara) untuk berbuat demikian (menubuhkan panel hakim).
Mengenai soal hakim mahkamah yang membuat keputusan berpihak kepada kerajaan, Zaki menjawab: "Itu adalah di luar kawalan saya.
"Tuduhan bahawa mahkamah masih bersebelahan (memihak) dengan satu pihak dan bukan satu pihak lagi, kalau saya nak mempengaruhi orang, yang senang sekali nak saya kawal ialah hakim yang muda atau Pesuruhjaya Kehakiman kerana mereka mahu kenaikan pangkat. Saya tak sentuh mereka.
"Dia (Pesuruhjaya Kehakiman) buat keputusan tidak berpihak kepada kerajaan, tapi bila didengar di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Rayuan terbalikkan keputusan itu, tetapi di Mahkamah Rayuan, terdapat tiga hakim yang bersidang untuk mendengar kes dan mereka lebih berpengalaman berbanding hakim muda tadi.
"Mana keputusan yang patut kita terima...yang hakim muda itu atau keputusan yang dibuat oleh panel tiga hakim yang lebih berpengalaman...tetapi tuduhannya bila sampai ke Mahkamah Rayuan, terdapat manipulasi," katanya.
Zaki juga berkata beliau tidak ambil tahu langsung mengenai kes mahkamah berhubung kes krisis politik di Perak di mana Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb tahun lepas telah mengisytiharkan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah sah.
Menurutnya, beliau hanya baca di suratkhabar mengenai kes itu selepas kes itu selesai.Malah, katanya, beliau pernah memberi keputusan dalam satu kes lain berpihak kepada peneroka dengan memerintahkan Felda membayar RM11 juta ganti rugi kepada mereka. BERNAMA
Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
“Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :
“Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
SHAH ALAM, 24 Ogos — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno melayan ulama seperti “terompah kayu” dan tidak mengiktiraf, malah tidak meletakkan golongan itu di kedudukan terbaik dalam pentabiran negara.
Tegas Ketua Penerangan PAS (gambar) ini, ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika ia tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara.
“Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam.
“Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan ‘rice cooker’, kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik,” katanya Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran hari ini.
Terompah kayu merujuk kepada selipar yang digunakan untuk ke tandas.
“Pakai (terompah kayu) bila nak pergi tandas sahaja,” katanya.
Jelas Tuan Ibrahim, PAS mengangkat martabat ulama dan meletakkan ia di kedudukan yang tinggi dalam parti selain turut mengiktiraf kepimpinan golongan itu.
“Ulama ada individu untuk menyampaikan ilmu, jangan khianat... dalam PAS kita letakkan ulama di dua peringkat iaitu Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS, mana-mana keputusan termasuk soal calon kita putuskan dalam Majlis Syura manakala Dewan Ulama PAS pula menyelesaikan isu-isu yang berbangkit mengikut hukum Islam.
Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi. Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu. Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan. Perkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.