Monday, August 1, 2011

KUNJUNGAN PALING BERMAKNA DI AWAL RAMADHAN

DENGAN NAMA ALLAH , 99 SEMUANYA


Ramadhan penuh dengan berakah.........Ramadhan memberi erti tersendiri.......kalau tidak dihijab kepelbagaian boleh kita tontoni......masyaallah....kerdilnya diri , Astagfiraullah.

Hari ini Alhamdulillah srengenge dikunjungi oleh saudara Muhammad ,isterinya Puan Rahimah Sarmidy dan cikgu Ya Leman......malu juga srengenge kerana sahabat2 pembaca blog singgah di rumah usangku..........terharu aku kerana ada cerdik pandai minat membaca tulisan yang nilainya seperti seorang badut tua.......mengapa tidaknya , saudara Muhammad ialah seorang Deputy director di UNISEL dan Puan Rahimah ialah seorang Associate Professor di UITM........terima kasih banyak kepada mereka berdua kerana memberi semangat untuk ku supaya terus menulis........terima kasih cikgu Ya Leman ( juga pembaca setia) yang membawa saudara Muhammad dan Puan Rahimah sampai ke kaki tangga teratak srengenge.



Gambar Puan Rahimah Sarmidy , saudara Muhammad ( dah berpuluh tahun tak pernah bertemu) dan Cikgu Ya Leman kawan sejak 1940an lagi




Jangan serik datanglah lagi........kalau di luar Ramadhan boleh juga srengenge hidangkan sekurang2nya air sejuk............harapnya srengenge tak cepat nyanyok dan boleh terus bermesra




Saudara Muhammad dan Puan Rahimah membuat sumbangan derma kepada Rumah Gemilang (Rumah Anak2 Yatim)......JAZAKALLAH KHIRON KHATIRA


Cikgu Ya Leman juga memberi sumbangan kepada Rumah Gemilang.......JAZAKALLAH KHAIRON KHATIRO..........Moga Allah mengasihi mereka semua.





No comments: