Monday, August 29, 2011

MERENUNG SEJENAK SEPANJANG 500 TAHUN ..........PART 2



450 TAHUN KITA DI JAJAHI
Depa dah berkuasa di dunia,kita masih tak tahu menahu
Masa tu kita angguk2 sambil pegang teloq
Hormat mereka bagaikan bangsa turun dari langit
Sana tuan ,sini tuan
Kita perhambakan diri
Negara tergadai,hasil mahsul habis dicuri
Bawa lari di sianghari

Sambut merdeka di kala semua sedang lali
12 tengahmalam sedang dakap isteri
Tak seperti lain2 negeri
Darah sejat di sanubari

Seronoknya berkuasa tak terperi
Syaitan merasok dalam diri
Sejarah dulu datang kembali
Kita berpuak2 macam dulu terjadi

54 tahun merdeka ,negara habis porak-peranda
Pemimpin mula bertelinga satu,berlidah dua
Tipu rakyat sendiri kerana lazat berkuasa
Lebih lazat lagi berharta
Kemudian ada lagi wanita
Semua itu gelap biji mata

Istiderat Allah tak depa rasa
Oh itu rezeki kita
Wang negara kita punya
Rakyat tau apa
Tabung Haji pun apa kiranya
Buat spekulasi habis juta2
Ada lagi felda
Ada lagi asset negara
Ada lagi minyak di samudera
Ayuh dong lanyak saja

Nak terus berkuasa ada caranya
Dulu kini dan selamanya
Kita ada kuasa buat apa saja
Boleh songlap million dan billion

Itulah nasib bangsa merdeka
Yang cerdik kita pancung masuk ke neraka
Kita tak hargai orang cerdik kepala hotak
Berapa banyak orang cerdik habis longlai
Tak kira anak raja macam Ku Li
Macam Musa Hitam
Macam Ghaffar Baba
Macam Anuar Ibrahim
Ada yang terpendam begitu saja
Tak dipupuk,tapi biar mereka mati saja

Esok lusa kita sambut merdeka
54 kalinya
Adakah buahnya berisi
Adakah kulitnya kulit ori
Apakah itu ,itu dan itu

Kalau boleh pikirlah
Di luar angin di dalamnya asap











No comments: