Thursday, August 25, 2011

SYAITAN DIIKAT TAPI TEORINYA TERIKAT


Rata2 teori syaitan terikat dengan hidup manusia
Walaupun semua syaitan diikat (dalam Ramadhan)
Mana bisa,kerana sahabatnya ada dalam diri
Bila nafsu dah jadi kawan syaitan
Di ikut di terima segalanya
Sikit sangat yang berjaya

Yang lebih nyata ialah pembaziran
Berlaku dimana saja
Bukan di gereja , di masjid pun ada
Makanan lebihan,kucing pun tak suka
Berlambak rata2

Di rumah macam2 juadah untuk berbuka
Bila posa pikiaq untuk makan saja
Lapar macam 40 hari tak makan
Lapar macam sesat di padang sahara

Pasar Ramadhan apa yang tak ada
Tumbuh seluruh negara
Makan sesak sampai ke dada
Tabiat manusia
Bila nafsu jadi raja

Tengok bila raya
Bila syaitan di lepas tali
Seronok bernyanyi hiburan TV
Dari malam sampai ke pagi
Berhari2 menari2 tak sedar diri
Yang tua cara tuanya
Yang muda tak usah diperi

Yang posa sehari pun ada
Tapi rayanya sampai sebulan
Anjur jamuan aidilfitri
Di seluroh negeri

Syaitan suka ria
Kerana misinya berjaya
Dirajuk di rayu
Yang miskin iman
Lupa daratan ...tak tau hala dituju

Oh Ramadhan
Cepatlah kembali
Susah hidup sebegini
Rindu dan rindu kami bila kau dah nak kembali













No comments: