Thursday, August 25, 2011

CHECK NAFSU...........PART THREE



Ramadhan dah ke pengakhirnya
Dan selama ni nafsu kita persendirian
Kerana setan dah diikat
Bagaimana berjayakah kita perjinakkan nafsu
Dah11 bulan setan mendidik nafsu
Kalau nafsu masih belum di pulihkan
Ia ghairah sangat beraya
Perpisahan dengan Ramadhan tak rasa sedih dan sayu
Seronok saja

Tengok pada hari raya
Bagaimana pula lagak kita
Kerana setan telah dibebaskan
Bertemu semula setan dan nafsu
Lagak kita dah tukar corak
Mula makan banyak
Mula cakap banyak
Setan kata : on your marks,get set,goooooooo
Lepas tu mula pula buat fitnah
Mula berasuah
Sedia menipu
Tak kiralah apa saja
Mau pun dalam pilihanraya

Dah hampir 7000 tahun anak cucu Adam di uji
Dah dibimbing oleh 124,000 nabi
Dengan segala mukjizat mereka
Kita masih tak mengerti

Ingatlah nafsu ada dalam diri
Dia kawan baik setiap hari
Dia juga musuh kita setiap waktu
Pandai2lah memandunya
Supaya kita tak rugi














No comments: