Sunday, August 14, 2011

JANGAN BIAR BERLARUTAN...SELESAI SEGERA

Wahabi: Juanda harap Uthman akur nasihat Jamil Khir

TERKINI @ 09:04:56 AM 14-08-2011
August 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Mufti Perlis terus meletakkan harapan agar pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady akan akur kepada nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut mahu kedua-dua tokoh agama itu berdialog bagi menjernihkan isu “kesesatan” dan “keganasan” Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi.

Dalam satu kenyataan kelmarin Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau berharap dan amat baik bagi kedua-dua personaliti itu akan bertemu dan berbincang secara berhemah kerana perbincangan dalam apa jua isu sememangnya dituntut dalam Islam.

“Saya harap mereka dapat ambil berkat dan semangat bulan Ramadan sekarang,” kata Jamil Khir.

Sehubungan itu kata Dr Juanda Jaya (gambar),”saya ingat... kita menyeru Dr Uthman akur dengan nasihat Datuk Seri Jamil Khir,” kata Juanda ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Uthman yang dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas lanjut perkara ini atas alasan mahu menghormati bulan Ramadan.






No comments: